web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Barisan Hadapan, Kumpulan Berisiko Tinggi Disaran Ambil Dos Penggalak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 7:11PM

KKM menyarankan semua pihak untuk mendapatkan dos vaksin penggalak terutama barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi susulan situasi terkini di China. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan semua rakyat Malaysia terutama barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi untuk mendapatkan suntikan dos penggalak COVID-19 susulan gelombang baru wabak itu di China.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengambilan suntikan tersebut adalah sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak penularan wabak itu kembali mengganas di negara ini.

“Melihat kepada perkembangan terkini di China, KKM ingin menyarankan kepada semua untuk mendapatkan dos vaksin penggalak terutamanya barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi.

“Walaupun kes terkini dalam negara masih terkawal dan menurun, kita perlu mengambil tindakan bersiap siaga,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah

Sebelum ini media melaporkan wilayah perindustrian besar Zhejiang berhampiran Shanghai, China sedang bergelut dengan kira-kira sejuta jangkitan baharu COVID-19 setiap hari.

Jumlah itu dijangka meningkat dua kali ganda dalam tempoh beberapa hari akan datang, kata kerajaan wilayah itu pada Ahad lalu.

Zhejiang adalah antara beberapa kawasan yang menganggarkan peningkatan baru-baru ini dalam kadar jangkitan termasuk kes tanpa gejala.

Kerajaan Zhejiang, dengan 65.4 juta penduduk, berkata antara 13,583 jangkitan yang dirawat di hospital wilayah itu, seorang pesakit mengalami simptom teruk akibat COVID-19 manakala 242 jangkitan teruk dan kritikal disebabkan oleh penyakit kronik atau menghidap penyakit lain untuk tempoh yang lama.

Beijing telah menarik balik syarat wajib ujian COVID-19 dan memansuhkan perintah berkurung awal bulan ini. - Gambar fail
Beijing telah menarik balik syarat wajib ujian COVID-19 dan memansuhkan perintah berkurung awal bulan ini. - Gambar fail

Sementara itu, bandar Qingdao dan Dongguan masing-masing menganggarkan puluhan ribu jangkitan COVID-19 setiap hari baru-baru ini, jauh lebih tinggi daripada bilangan harian jangkitan kes tanpa gejala kebangsaan negara itu.

China turut dilaporkan akan memansuhkan langkah kuarantin bagi pelawat yang tiba dari luar negara mulai 8 Januari depan setelah melaksanakan sekatan sempadan pandemik yang ketat selama hampir tiga tahun. 

Suruhanjaya Kesihatan Nasional (NHC) mengumumkan langkah baru COVID-19 dalam makluman atas talian, sambil menambah bahawa pelancong hanya dikehendaki menjalani ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) 48 jam sebelum menaiki pesawat untuk memasuki China. 

Pengumuman tersebut adalah langkah terbaru oleh Beijing untuk melonggarkan polisi sifar-COVIDnya, setelah ia tiba-tiba menarik balik syarat wajib ujian dan memansuhkan perintah berkurung awal bulan ini. – Getaran, 29 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

5

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

6

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad