web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Wajibkan Pengendali Makanan, Minuman Pakai Pelitup Muka Mulai 1 Januari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 3:02PM

Berkuat kuasa 1 Januari, semua penyedia dan pengendali makanan serta minuman di Selangor diwajibkan memakai pelitup muka. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua penyedia dan pengendali makanan serta minuman di Selangor diwajibkan memakai pelitup muka di premis perniagaan masing-masing, berkuat kuasa 1 Januari depan.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memaklumkan, arahan dikeluarkan kerajaan Selangor itu, bertujuan untuk meningkatkan tahap kebersihan.

Katanya, tindakan kompaun akan dikenakan terhadap peniaga yang ingkar arahan tersebut.

“Merujuk kepada arahan kerajaan Negeri Selangor, mensyaratkan pewamakaian pelitup muka kepada penyedia, pengendali makanan dan minuman di Selangor berkuat kuasa 1 Januari 2023.

“Semua penyedia dan pengendali makanan di Negeri Selangor wajib mematuhi arahan tersebut sebagai satu daripada kaedah untuk menjaga kebersihan,” katanya menerusi Facebook.

Baru-baru ini, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memaklumkan akan meningkatkan penguatkuasaan pemakaian pelitup muka dalam kalangan peniaga makanan dan minuman, bermula tahun depan.

Yang Dipertua MPKj, Najmuddin Jemain dilaporkan media sebagai berkata, keputusan mewajibkan pemakaian pelitup muka bagi kumpulan tersebut dibuat pada 7 September lalu dalam mesyuarat bulanannya.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha membiasakan semua pekerja yang mengendalikan makanan atau minuman, menggunakan pelitup muka sebagai satu daripada kaedah untuk menjaga kebersihan,” katanya.

Tambahnya, tindakan kompaun akan dikenakan kepada mereka yang gagal mematuhi arahan tersebut yang menjadi antara syarat bagi kelulusan lesen perniagaan. – Getaran, 29 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRN: Calon, Petugas Guna Pelitup Muka Jika Ada Gejala Influenza

3

Semasa 3 tahun yang lalu

KKM Galak Pakai Pelitup Muka, Tiada SOP Baharu Dikeluarkan - Dr Zaliha

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Penularan Varian Arcturus, KKM Syor Pelajar Sekolah Pakai Pelitup Muka

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar