web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibu Kanak-Kanak Maut Didera Terduduk, Nangis Lihat Jenazah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2022 6:53PM

Jenazah kanak-kanak lelaki empat tahun dipercayai didera dibawa keluar oleh datuk saudaranya, Ruslan Ahmad (kiri), dari bilik Jabatan Perubatan Forensik HSI untuk dikebumikan di tanah Perkuburan Sungai Gatom hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Ibu kepada kanak-kanak lelaki empat tahun yang meninggal dunia kerana dipercayai didera, dilihat terduduk dan menangis ketika melihat jenazah anaknya itu buat kali terakhir.

Wanita itu yang sedang menjalani hukuman di Penjara Simpang Renggam, Kluang akibat kesalahan dadah, tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada 2.15 petang tadi dengan diiringi dua pegawai penjara.

Dia yang memakai baju tahanan berwarna ungu diberi peluang melihat jenazah anaknya itu kira-kira lima minit dan dilihat menangis sebaik keluar dari bilik forensik itu sebelum menuju ke van Jabatan Penjara Malaysia. 

Bapa kanak-kanak itu juga sedang menjalani tempoh tahanan di Penjara Sungai Udang, Melaka atas kesalahan dadah.

Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada 11 beradik, meninggal dunia selepas empat hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI, selepas dilaporkan pengsan di rumah rakan kakak kandungnya di Senggarang, Batu Pahat, sebelum meninggal dunia pada 26 Dis.

Sementara itu, datuk saudara mangsa Ruslan Ahmad, 47, yang pernah menjaga kanak-kanak itu sebelum ini terkilan dengan kejadian yang menimpa dan berharap agar individu yang didapati bersalah dikenakan hukuman setimpal.

Ruslan yang ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik HSI berkata mangsa pernah mendapat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama tiga tahun sebelum diserahkan kepadanya untuk dijaga selama sebulan.

“Sebelum ini ibunya pernah masuk penjara dan apabila keluar dia memohon agar arwah diberikan semula kepadanya untuk dijaga. Saya beri peluang kepada ibunya tetapi apabila ditangkap semula dan dimasukkan ke penjara sekali lagi, arwah dijaga pula oleh kakaknya,” katanya.

Ruslan yang merupakan bapa saudara kepada bapa mangsa berharap agar dapat terus ‘menyimpan’ kanak-kanak itu dalam jagaannya jika tahu kejadian seumpama itu akan berlaku terhadap cucu saudaranya.

Terdahulu, van jenazah yang membawa kanak-kanak itu keluar dari pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HSI dengan diringi kenderaan polis pada 2.48 petang dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Gatom, Labis hari ini.

Hasil pemeriksaan awal polis mendapati terdapat kesan kecederaan teruk hampir di seluruh badan kanak-kanak itu seperti kesan pukulan dan cucuh akibat benda panas.

Setakat ini, seramai lima individu berusia 15 hingga 37 tahun ditahan bagi membantu siasatan, termasuk kakak mangsa berusia 19 tahun, suaminya berumur 37 tahun serta rakannya itu. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 15 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar