web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


7 Peserta Demonstrasi Berdepan Kompaun RM10,000

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2021 2:56PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Tujuh individu yang terbabit dalam demonstrasi jalanan di Jalan Muhibah Raya di sini semalam bakal berdepan kompaun sehingga RM10,000.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas berkata, semua peserta berusia 27 hingga 31 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 25 Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021 kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa di daerah ini.

“Selain itu, mereka turut disiasat mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 atas kesalahan berhimpun tanpa permit.

“Semua peserta itu direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Permohonan reman dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani manakala semua peserta diwakili peguam Raymond Guok.

Semalam, Getaran melaporkan berlaku demonstrasi jalanan membabitkan sekumpulan individu, bagi membantah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Jalan Muhibbah Raya yang disambung dua minggu lagi sehingga 8 Mei depan.

Polis yang hadir lebih awal di lokasi kejadian bertindak mengarahkan kumpulan terbabit bersurai, sebelum meminta mereka menyerahkan kad pengenalan masing-masing bagi tujuan pemeriksaan.

Pertikaman lidah bagaimanapun berlaku antara kedua-dua pihak sebelum membawa kepada penahanan enam peserta.

Seorang lagi ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, petang semalam, menjadikan jumlah keseluruhan mereka seramai tujuh orang. - Getaran, 25 April 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 4 bulan yang lalu

'Drive For Gaza': 3 Suara, 1 Niat Kemanusiaan Demi Kedamaian Dan Keamanan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Anggap Orang Miskin Boleh Diupah Buat Demonstrasi Satu Penghinaan - Hamzah

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Lelaki Mengamuk Di Sekolah Hanya Latihan Demonstrasi Keselamatan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Senaraikan Memandu Di Bawah Alkohol Sebagai Kesalahan Tidak Boleh Dikompaun - PERKASA

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad