web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bantuan Khas Banjir Mula Diagih Januari Hingga Februari Depan - MB Terengganu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 5:51PM

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Bantuan Khas Tunai RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di Terengganu dijangka mula diagihkan pada Januari hingga Februari depan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata proses itu akan mengambil sedikit masa kerana pihaknya perlu meneliti serta mendapatkan senarai mangsa daripada jabatan serta agensi yang bertanggungjawab menyelaraskan urusan berkenaan.

Beliau berkata 10,000 KIR dijangka akan menerima bantuan itu bagi meringankan beban selepas mengalami kerugian harta benda akibat banjir teruk bermula 18 Disember lepas.

“Mekanisme (bantuan) adalah seperti amalan sebelum ini iaitu secara tunai untuk ringankan beban mangsa," katanya ketika ditemui selepas Kongres Tahunan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) di sini, hari ini.

Menurutnya bagi bantuan selain wang tunai, ia akan diteliti oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang terlibat, yang kemudiannya akan dikemukakan kepada kerajaan negeri, dan ketika ini kerajaan negeri memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan pasca banjir bagi membolehkan mangsa dapat pulang ke rumah dengan selamat.

"Paling penting semua mangsa dapat pulang ke rumah, untuk seminggu ini fokus kepada kerja pembersihan dahulu. Keperluan lain akan diteliti oleh JPKK masing-masing kerana masalah setiap orang tak sama," katanya.

Sementara itu Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata beliau akan memohon supaya kerajaan Persekutuan mempercepatkan projek Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring Fasa Dua bagi mengatasi masalah banjir teruk di kawasan Kuala Nerus.

Katanya projek fasa satu yang telah dilaksanakan kerajaan negeri sebelum ini juga perlu kepada penambahbaikan bagi menghadapi banjir luar jangka seperti yang berlaku minggu lepas.

"Banjir kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah. Projek tebatan yang direka bentuk oleh Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan Saliran (JPS) sebelum ini adalah berdasarkan keadaan lama.

"Berdasarkan situasi semasa perlu ada penambahbaikan untuk tebatan lama. Insya-Allah JKR dan JPS akan cari jalan untuk selesai perkara ini," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar