web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tragedi Batang Kali: ‘Lokasi Tak Tersenarai Sebagai Cerun Kritikal’ - JMG

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 4:00PM

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia menafikan laporan berita mengatakan lokasi kejadian, disenaraikan antara lokasi kritikal yang dikenal pasti pihaknya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Cerun kawasan kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor, baru-baru ini, tidak tersenarai sebagai cerun kritikal di bawah pemantauan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).

Ketua Pengarah JMG, Hisamuddin Termidi berkata, skop pemantauan cerun kritikal JMG tertumpu di kawasan penempatan dan cerun semula jadi yang tidak bertindih fungsi dengan pihak autoriti lain.

Justeru, katanya, JMG menafikan laporan berita mengatakan lokasi kejadian, disenaraikan antara lokasi kritikal yang dikenal pasti pihaknya.

“Merujuk kepada laporan berita disiarkan pada 18 Disember, cerun di kawasan tragedi runtuhan tanah di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, disenaraikan antara lokasi kritikal dikenal pasti JMG.

“Selain itu, merujuk kepada laporan berita pada 21 Disember lalu, JMG pada September lalu, menyenaraikan kawasan tanah runtuh itu sebagai lokasi kritikal, namun jurucakap pengusaha Father’s Organic Farm, Frankie Tan memaklumkan beliau tidak pernah menerima surat atau maklumat mengenai senarai terbabit.

“JMG ingin menafikan (semua) laporan berita tersebut. Merujuk cerun di kawasan tragedi runtuhan tanah di tapak perkhemahan ini, ia adalah tidak tersenarai dalam cerun kritikal di bawah pemantauan JMG,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hisamuddin berkata, bagi penempatan atau sebarang cadangan pembangunan baru di lereng bukit atau berkedudukan berhampiran cerun adalah sebahagian komponen dalam kebenaran merancang.

“(Ia) memerlukan penilaian risiko dibuat dan bagi risiko melibatkan bencana geologi tanah runtuh, pihak pemaju perlu melantik ahli geologi profesional yang berdaftar di bawah Lembaga Ahli Geologi Malaysia membuat penilaian,” katanya.

Terdahulu, insiden mengejutkan negara pada Jumaat minggu lalu itu dilaporkan media selepas Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis mengeluarkan kenyataan, bahawa pasukan terbabit menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 2.24 pagi, sebelum tiba ke lokasi kira-kira jam 3 pagi.

Usaha mencari dan menyelamat (SAR) dibantu beberapa agensi, iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Kejadian itu dilaporkan berlaku apabila tanah runtuh berhampiran ladang organik berkenaan, menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan pada ketinggian runtuhan dianggarkan 30 meter dan keluasannya lapan ekar (3.2 hektar).

Daripada 92 mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu, 78 adalah pengunjung tapak perkhemahan, manakala 14 pekerja ladang.

Seramai 61 mangsa selamat, manakala 31 disahkan meninggal dunia yang semuanya pengunjung tapak perkhemahan terbabit.

Operasi SAR yang mengambil masa sembilan hari yang tamat kelmarin, menemukan mayat semua mangsa hilang, iaitu 14 wanita dewasa, empat kanak-kanak perempuan serta masing-masing enam lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki. – Getaran, 26 Disember 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad