web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gaduh Guna Topi Keledar: Polis Siasat Video Tular, Minta Saksi Tampil

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 11:03AM

Polis sedang menyiasat kejadian dua individu bergaduh menggunakan topi keledar di Taman Klebang Jaya, Ipoh. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat kejadian dua individu bergaduh menggunakan topi keledar dikatakan berlaku di Taman Klebang Jaya, Ipoh yang videonya tular di media sosial, sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, satu laporan polis sudah dibuat untuk siasatan pihaknya di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan, iaitu gaduh gempar.

“Pada 25 Disember (semalam), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Ipoh terkesan satu video berdurasi 20 saat dimuat naik halaman Facebook, memaparkan dua individu bergaduh menggunakan topi keledar di persimpangan jalan raya.

“Kejadian ini dikatakan berlaku di laluan Klebang Jaya 13, Taman Klebang Jaya, Chemor, Ipoh, Perak pada tarikh dan masa tidak dapat dipastikan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Yahaya berkata, pihak polis menyeru yang merakam kejadian itu atau mana-mana saksi awam, berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan, Norshaharah Marzuki di talian 010-3790508 bagi membantu siasatan.

“Pada masa sama, masyarakat umum dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai video itu, sehingga menjejaskan siasatah polis,” katanya.

Terdahulu, video itu memaparkan dua lelaki bergaduh dan saling memukul menggunakan topi keledar, sambil kelihatan seorang wanita yang seperti meminta mereka menghentikan tindakan itu.

Menerusi keterangan di hantaran video itu, pemilik akaun terbabit seolah-olah sarkastik dengan mengatakan ‘benda boleh rakam buat apa leraikan’, susulan tindakan pengguna laluan sama yang merakam kejadian itu sebelum beredar pergi, tanpa meminta kedua-dua individu berdamai. – Getaran, 26 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad