Berita Terkini

5 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Rakyat Terus Sambut Baik Pakej Perpaduan, Mampu Kurang Kos Bulanan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 8:48PM

Kumpulan sasaran untuk Pakej Perpaduan ditawarkan kerajaan mendapat respon baik daripada pelbagai pihak bagi menangani kos hidup yang semakin meningkat. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Walaupun kurang sebulan bertugas, usaha barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan dalam melaksanakan perkhidmatan mendapat respon baik pelbagai pihak, terutama untuk menangani isu kos sara hidup yang menekan rakyat.

Usaha itu dapat dilihat menerusi beberapa program, termasuk pengumuman dibuat Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil baru-baru ini, berhubung pelan prabayar internet mudah alih dikenali Pakej Perpaduan ditawarkan kerajaan yang lebih murah dan pantas.

Menerusi maklum balas diterima Getaran daripada kumpulan sasaran ditetapkan untuk menerima tawaran terbabit, respon diberikan cukup baik malah mereka teruja dengan usaha itu.

Pengerusi Persatuan Orang Kelainan Upaya Bentong (POKUB), Mohd Huzaire Ahmad berkata, insiatif Kerajaan Perpaduan dalam memberi keistimewaan tambahan kepada golongan OKU menerusi tawaran itu, adalah tindakan baik dan satu permulaan positif sebagai sebuah pentadbiran baharu.

Menurutnya, walaupun terdapat beberapa syarikat telekomunikasi yang menyediakan pakej khusus bagi golongan OKU, namun pelan ditawarkan kerajaan itu dianggap lebih menarik.

Katanya, caj, kelajuan internet dan kuota data diberikan menerusi Pakej Perpaduan dapat mengurangkan kos bulanan pengguna.

Mohd Huzaire Ahmad - Gambar dari Facebook POKUB
Mohd Huzaire Ahmad - Gambar dari Facebook POKUB

“Mungkin ramai tidak tahu bahawa OKU yang bekerja sendiri kebanyakan menjalankan perniagaan, khususnya secara online (dalam talian), jadi saya lihat pakej ini dapat mengurangkan kos operasi dan meningkatkan pendapatan secara langsung.

“Dengan keadaan ekonomi dikhabarkan meruncing pada tahun depan, pakej murah seperti ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan kos sara hidup golongan seperti kami,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata, bagi OKU, telefon bimbit bukan lagi kehendak, sebaliknya keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup bagi digunakan untuk berniaga.

“Pakej diperkenalkan kerajaan ini boleh dimanfaatkan golongan tersebut untuk lebih mempertingkatkan produktiviti dalam perniagaan.

“Dengan internet jalur lebar lebih pantas dan murah, tidaklah kami ketinggalan dari pelbagai sudut serta boleh dijadikan batu loncatan untuk mengukuhkan pendapatan,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Huzaire menyarankan supaya pihak bertanggungjawab seperti Kementerian Komunikasi Digital (KKD) membuat kaji selidik dalam kalangan golongan sasaran, supaya dapat memberikan nilai tambah untuk pelaksanaan pakej tersebut kelak.

“Jika adanya kaji selidik oleh pihak bertanggungjawab, kami sebagai pengguna boleh memberikan maklum balas atau cadangan menambahbaik pakej tersebut,” katanya.

Getaran pada Rabu lalu melaporkan, menerusi pengumumannya, Fahmi berkata, hanya dengan bayaran RM5 sebulan, pelanggan pakej prabayar internet mudah alih Pakej Perpaduan yang akan dilancarkan kerajaan bermula Februari depan, bakal menikmati kemudahan jalur lebar pada kelajuan tiga kali ganda daripada perkhidmatan di pasaran semasa.

Tawaran menarik itu, jelasnya, membolehkan pengguna menikmati penjimatan harga sebanyak 50 peratus, berbanding pakej sedia ada, iaitu daripada RM10 sebulan kepada RM5 sebulan.

Katanya, langganan itu dilaksanakan membabitkan kerjasama lima syarikat telekomunikasi, iaitu Celcom-Digi, Maxis, Umobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).

Harga dikenakan itu, ujarnya, lebih rendah untuk kapasiti kelajuan berkenaan, berbanding dengan apa ditawarkan ketika ini.

“Pakej Perpaduan ini disasarkan untuk golongan belia, B40, OKU, warga emas dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta veteran polis.

“Dengan hanya RM5 sebulan, golongan itu boleh menikmati kemudahan internet dan komunikasi dengan kelajuan tiga megabit sesaat (Mbps) melalui data 30GB,” katanya pada sidang media.

Nadzim Johan
Nadzim Johan

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula berkata, pihaknya percaya pengguna akan mendapat manfaat daripada inisiatif tersebut, memandangkan ia menyasarkan keperluan utama rakyat di negara ini.

Ujarnya, kebanyakan rakyat Malaysia kini bergantung kepada internet untuk menjalankan perniagaan, berkomunikasi dan urusan kehidupan harian.

Justeru, dengan adanya pakej jauh lebih murah dan baik daripada pakej sedia ada, ia dapat mengurangkan kos sara hidup pengguna.

“Ia adalah inisiatif baik untuk pengguna, terutamanya golongan B40 yang mana mereka ini pasti akan terkesan jika berlaku kemelesetan ekonomi pada tahun depan.

“Mereka juga boleh menggunakan inisiatif kerajaan sebegini untuk membuat ‘side income’ (kewangan tambahan) atau sebagainya, bagi menambah pendapatan isi rumah demi kelangsungan hidup masing-masing,” katanya.

Namun, Nadzim yang turut dikenali sebagai Tok Ki itu berkata, kerajaan perlu menaiktaraf liputan jalur lebar di negara ini, supaya penggunaan pakej tersebut boleh digunakan secara optimum.

Jelasnya, walaupun pada dasarnya negara sudah mencapai tahap baik dari segi liputan jalur lebar dan pengenalan 5G, tetapi masalah kekangan internet masih berlaku di kawasan tertentu.

“Jika internet murah, laju dan lebih baik diperkenalkan pun, namun liputannya masih bermasalah, ia tidak akan dapat digunakan sebaiknya.

“Bukan sahaja oleh golongan sasaran, malah rakyat secara keseluruhannya,” katanya. - Getaran, 24 Disember 2022

Sorotan

1

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

2

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Najib Tak Dedah Mengenai Pertemuan Dengan Raja Arab Saudi Ketika Siasatan – Saksi

Semasa 22 jam yang lalu

Jurutera Awam Dituduh Bersubahat, Babitkan Penipuan Pembayaran Hampir RM20,000

oleh Rafisqi Radhi

Politik 1 hari yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 hari yang lalu

Liek Hou Gondol 2 Emas Di Sepanyol