web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Finas Turun Padang, Kurangkan Birokrasi Permohonan Dana

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2021 9:08AM

Datuk Saifuddin Abdullah (tengah) menyerahkan geran kepada peserta pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Mikro Prisma Dana Kandungan Digital (DKD) Bersempena Program Outreach Bahagian Pengurusan Produksi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) turun padang dalam usaha mengurangkan birokrasi pemohonan dana Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata antara langkah yang dilakukan ialah program Komuniti@Finas (KoFi) yang menyaksikan dana itu dapat disalurkan lebih cepat kepada bakat baharu untuk menghasilkan kandungan kreatif seperti video pendek dan dokumentari bagi platform digital.

“Melalui KoFi, kita bercadang turun ke setiap negeri dengan menganjurkan bengkel kepada pemohon sebelum mereka melakukan ‘pitching’ (pembentangan idea) kepada Finas disusuli proses penilaian dan pemberian surat tawaran dana.

“Tempoh pelaksanaan juga boleh berlaku sekitar tiga minggu yang mana sebelum ini, proses berkenaan sekurang-kurangnya mengambil masa tiga bulan. Ini juga antara kaedah kita mempercepat dan memudahkan proses pengeluaran dana.

“Langkah ini dibuat selepas kita belajar daripada pengalaman lepas yang menyaksikan peruntukan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) sebanyak RM550 juta bagi dana kandungan kreatif tidak habis digunakan sehingga berbaki separuh,” katanya.

Saifuddin berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Mikro PRISMA Dana Kandungan Digital Bersempena Program Outreach Bahagian Pengurusan Produksi Finas di sini semalam kepada 116 individu bernilai RM1.5 juta.

Turut hadir Pengerusi Finas Zakaria Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Finas Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri.

Selain itu, Saifuddin menggalakkan pemain industri kreatif menghasilkan filem kenegaraan yang mengetengahkan elemen peradaban dan keagamaan bagi tujuan mempromosikan Malaysia.

Ahmad Idham pula berkata kru dan pelakon yang terlibat dalam penggambaran sebuah filem di Kuala Kangsar, Perak telah dikuarantin setelah terdapat jangkitan COVID-19 dalam kalangan mereka.

“Mana yang telah didapati positif COVID-19 telah diuruskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah manakala selebihnya diarahkan menjalani kurantin wajib,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 17 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad