web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Peniaga Rantau Panjang Buat Jualan Lelong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 2:02PM

Peniaga di sekitar ICQS Rantau Panjang mula mengadakan jualan lelong dengan tawaran harga lebih rendah selepas kedai mereka ditenggelami banjir. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RANTAU PANJANG - Beberapa peniaga di bandar ini mula mengadakan jualan secara lelong dengan tawaran harga lebih rendah berbanding harga biasa selepas kedai mereka ditenggelami banjir awal minggu lepas.

Tinjauan Bernama di sekitar Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mendapati orang ramai tidak melepaskan peluang menyerbu beberapa premis menjual permaidani dan perabot yang membuat jualan lelong.

Pemilik kedai permaidani dan perabot, Halimuddin Musa, 56, berkata dia mengambil keputusan untuk mengadakan jualan lelong bagi menampung kerugian akibat banjir yang melanda kedainya sejak Ahad lepas.

Halimuddin berkata walaupun barang-barang yang dilelong itu tenggelam ketika banjir namun ia masih elok, kualiti baik dan masih boleh digunakan.

“Barang-barang ini masih elok, rugi kalau dibuang. Jadi daripada dibuang, saya mengambil inisiatif lain dengan menjualnya secara lelong bermula semalam.

“Barangan di kedai ini dilelong pada harga serendah RM10. Ada juga barangan yang harga asalnya RM70 tetapi disebabkan banjir, kami lelong pada harga RM25 sahaja,” katanya kepada Bernama.

Menurut Halimuddin, banjir setinggi 1.5 meter (m) yang melanda Rantau Panjang memaksa kesemua peniaga di bandar itu tidak berniaga sehingga air mula surut sejak semalam namun dia sendiri belum dapat menganggarkan kerugian dialami.

Seorang pembeli Azhari Muhamad, 40, yang juga tukang gunting rambut berkata dia sanggup memandu hampir sejam dari Kota Bharu untuk mengambil kesempatan membeli barangan pada harga yang jauh lebih murah itu.

“Jualan lelong ibarat sudah menjadi adat setiap kali selepas bandar Rantau Panjang dilanda banjir. Harga barang yang dijual jauh lebih murah dan barangnya juga masih elok lagi.

“Memang setiap kali selepas banjir di Rantau Panjang, saya akan datang ke sini kerana setiap tahun memang air naik di sini,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga dari Pasir Mas, Azmi Ismail, 52, mengakui berbaloi membeli barang-barang dilelong walaupun ia telah ditenggelami banjir sebelum ini.

“Walaupun dah tenggelam dalam banjir, tapi masih elok lagi. Kalau nak ikutkan harga asal, memang mahal. Jadi pada kesempatan ini dapatlah saya membeli pada harga jauh lebih murah,” katanya yang memperuntukkan RM100 untuk membeli tikar-tikar yang dilelong.

Sementara itu, tinjauan Bernama di zon bebas cukai Rantau Panjang mendapati hanya beberapa peniaga sahaja membuka perniagaan manakala kebanyakan kedai lain masih belum beroperasi. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan