web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat, Jumlah Terkini 33,856 Orang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 11:24AM

Jumlah mangsa banjir di PPS di Sarawak, Sabah dan Perak meningkat pagi ini menjadikan jumlah terkini mangsa di negeri yang terjejas banjir di seluruh negara 33,856 orang. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak, Sabah dan Perak merekodkan peningkatan pagi ini menjadikan jumlah terkini mangsa di negeri yang terjejas banjir di seluruh negara seramai 33,856 orang.

Mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu pula berkurangan manakala Johor kekal merekodkan seramai 32 orang.

Di SARAWAK, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan mangsa banjir di negeri itu kini mencecah 1,136 orang daripada 294 keluarga pagi ini berbanding 363 mangsa daripada 93 keluarga malam tadi. 

Jumlah PPS meningkat kepada 18 setakat pagi ini, berbanding tujuh malam tadi dan banjir kini melibatkan daerah Kuching, Bau, Sebuyau, Samarahan, Betong, Serian, Gedong dan Simunjan manakala sebuah PPS iaitu di Dewan Kampung Koran Mawang, Serian diaktifkan bagi menempatkan 57 mangsa tanah runtuh daripada tujuh keluarga di kawasan itu. 

Di SABAH, mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kota Belud terus meningkat pagi ini kepada 78 mangsa daripada 23 keluarga berbanding 68 mangsa daripada 21 keluarga malam tadi.

Sementara itu, bagi fenomena air pasang besar, jumlah penduduk terutama mereka yang tinggal di rumah atas air yang pindahkan terus meningkat pagi ini iaitu 573 mangsa daripada 137 keluarga berbanding 276 mangsa daripada 61 keluarga malam tadi.

Seramai 528 mangsa daripada 123 keluarga dipindahkan ke enam PPS di Pitas manakala 45 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Kota Kinabalu.

Di PERAK, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat sedikit iaitu seramai 69 orang daripada 17 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 65 orang daripada 16 keluarga malam tadi dan kini ditempatkan di dua PPS di Hilir Perak dan Bagan Datuk.

Di TERENGGANU, Sekretariat JPBN memberitahu jumlah penduduk yang berlindung di 112 PPS menurun kepada 15,243 mangsa berbanding 20,552 mangsa malam tadi di lapan daerah iaitu di Kuala Terengganu, Kemaman, Besut, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Kuala Nerus.

Di KELANTAN, Sekretariat JPBN berkata jumlah mangsa banjir di 48 PPS di Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Tumpat dan Bachok berkurangan pagi ini kepada 17,298 orang daripada 5,769 keluarga berbanding 17,398 orang daripada 5,818 keluarga malam tadi.

Di JOHOR, Sekretariat JPBN menyatakan jumlah mangsa kekal 32 orang setakat 8 pagi ini dan ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 2 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

Semasa 5 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

4

Video & Galeri 6 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad