web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya Ucapan Terima Kasih Mampu Diungkap Buat Anggota SAR - Bapa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 9:00AM

Keluarga mangsa sangat menghargai bantuan pasukan beruniform dalam mengesan mangsa sehingga ditemui. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Hanya ucapan terima kasih yang mampu diucapkan oleh Tai Seng Fui, 63, apabila empat ahli keluarganya berjaya ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR), walaupun dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Sebagai ayah kepada Tai Chang Lin, 35, beliau berkata dirinya masih dalam proses menerima hakikat kehilangan anak lelaki, menantu serta dua cucunya sekelip mata, selepas menjadi mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm yang berlaku pada Jumaat lepas.

“Terima kasih kepada semua yang membantu termasuk anggota polis yang melancarkan perjalanan mayat dari Kuala Lumpur, untuk upacara pembakaran pagi tadi,” katanya ketika ditemui pemberita di Taman Machap Indah, Machap Baru di sini semalam.

Terdahulu, jasad Tai dan isterinya Yu Siew Pay, 34, serta dua anaknya Tai Jing Key, 7, dan Tai Jing Rou, 4, dibawa pulang ke Melaka dari Hospital Sungai Buloh sekitar 11.32 pagi semalam.

Jasad empat sekeluarga itu seterusnya di bawa ke Taman Peringatan Huai En, Jelutong, Batu Berendam bagi upacara pembakaran dan abunya dijangka dibawa pulang ke kediaman waris di Taman Machap Indah hari ini untuk penghormatan terakhir sehingga 29 Dis ini, sebelum disimpan di Taman Peringatan Eternal Berhad, Selandar, Jasin.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam hadir menziarahi kedua-dua keluarga mangsa dengan diiringi Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem dan Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Noordin dan Naib Pengerusi PKR Melaka Ginie Lim Siew Lin.

Tun Mohd Ali dan meluangkan masa hampir satu jam berjumpa dan bertanya khabar kedua-dua keluarga di samping turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mendiang Mutang Dikebumi Isnin

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebuah Rumah Banglo Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bangsar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad