web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak, Perak Meningkat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 8:00AM

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Sabah, Sarawak dan Perak terus meningkat, manakala Kelantan, Terengganu dan Johor berkurangan setakat malam tadi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah, Sarawak dan Perak terus merekodkan peningkatan, manakala Kelantan, Terengganu dan Johor berkurangan setakat malam tadi.

Di SABAH mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kota Belud meningkat kepada 68 mangsa daripada 21 keluarga malam tadi berbanding 13 mangsa daripada lima keluarga petang semalam.

Selain itu, fenomena air pasang besar menyaksikan seramai 276 mangsa daripada 61 keluarga dipindahkan ke dua PPS di Pitas malam ini berbanding 223 mangsa daripada 52 keluarga petang tadi, sebagai langkah berjaga-jaga.

Di SARAWAK, Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) melaporkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada kepada 363 orang daripada 93 keluarga setakat 9 malam ini, berbanding 305 orang daripada 73 keluarga petang semalam.

Kesemua mangsa ditempatkan di tujuh PPS membabitkan dua di bahagian Bau, tiga di Samarahan dan masing-masing satu di Serian dan Kuching, manakala PPS Dewan Masyarakat Ladong, Sebuyau telah ditutup malam tadi.

Di PERAK, seramai 65 orang daripada 16 keluarga masih ditempatkan di dua PPS di Hilir Perak dan Bagan Datuk setakat 8 malam tadi.

Sekretariat JPBN berkata PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abd Rahman Talib (SMART) mencatatkan sedikit pertambahan iaitu 51 mangsa daripada 10 keluarga yang terjejas akibat bencana itu membabitkan daerah Hilir Perak.

Beliau berkata PPS berkenaan sebelum ini menempatkan 37 mangsa daripada tujuh keluarga iaitu penduduk di Kampung Batu 7, Lorong Mesra Changkat Jong. 

Di KELANTAN seramai 17,398 mangsa banjir daripada 5,818 keluarga berlindung di PPS direkodkan, berkurangan berbanding 18,924 mangsa banjir daripada 6,182 keluarga pada petang semalam.

Sekretariat JPBN memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan 48 PPS di lima jajahan membabitkan Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Tumpat dan Bachok.

Sementaran itu, jumlah mangsa banjit di TERENGGANU juga menurun daripada 23,634 petang tadi, kepada  20,552 dengan kesemuanya ditempatkan di 153 PPS di semua lapan daerah.

Di JOHOR pula, jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di sebuah PPS di Segamat menurun sedikit kepada 32 orang setakat pukul 8 malam tadi, berbanding 34 orang petang semalam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek