web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia-Australia Komited Perkukuh Hubungan Dua Hala - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 7:10AM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Australia hari ini menyatakan komitmen masing-masing untuk mengeratkan hubungan dua hala di bawah Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya, Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata, kedua-dua negara turut bersetuju mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, serta hubungan sesama rakyat.

Beliau berkata Australia adalah rakan rapat dan penting bagi Malaysia, malah pada 2021, dua negara berkenaan meningkatkan hubungan dua hala melalui kerjasama strategik kepada CSP.

“Ini merupakan interaksi pertama kami berdua sejak saya memegang tampuk pentadbiran bulan lepas. Australia merupakan rakan dagangan ke-13 terbesar Malaysia pada tahun lepas dengan nilai dagangan berjumlah RM52.28 bilion (USD13.76 bilion),” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Anwar Ibrahim - Gambar Bernama
Anwar Ibrahim - Gambar Bernama

Dalam hantaran sama, rakaman video perbualan telefon antara Anwar dan Albanese berdurasi 2.50 minit turut dipaparkan.

Dalam perbualan itu, Anwar turut memaklumkan Kerajaan Perpaduan pimpinannya adalah stabil malah sudah mendapat lebih dua pertiga sokongan di Dewan Rakyat dan mahu memfokuskan kepada memacu ekonomi negara.

Albanese turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Anwar atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, selain menyifatkan pelantikan beliau sebagai pemimpin utama kerajaan sebagai satu inspirasi menerusi sikap daya tahannya (resiliency) dalam kehidupan dan politik.

Pada 24 Nov lepas, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 18 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek