web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki ‘Bertelekung’ Rembat Beg Tangan, Barangan Berharga Jemaah Wanita Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 4:00PM

Suspek berusia 20-an dengan lima rekod jenayah lampau, termasuk penyalahgunaan dadah itu, ditahan kira-kira jam 12.05 tengah malam di sekitar Seksyen 18, Shah Alam - Gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Taktik seorang penganggur masuk ke ruang solat wanita di masjid Seksyen 18, Shah Alam, dengan memakai telekung untuk mencuri barangan berharga milik jemaah di situ, terbongkar selepas dia ditahan tengah malam tadi.

Suspek berusia 20-an dengan lima rekod jenayah lampau, termasuk penyalahgunaan dadah itu, ditahan kira-kira jam 12.05 tengah malam di sekitar Seksyen 18, Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan terhadap suspek dibuka susulan dua laporan polis dibuat jemaah wanita, masing-masing di Masjid Al-Azahariah dan Masjid Masjid Al-Hidayah.

Menurutnya, dalam kejadian pertama pada Selasa lalu, seorang wanita berusia 60 tahun kehilangan beg tangan ketika sedang menunaikan solat Subuh di Masjid Al-Azahariah.

“Selesai menunaikan solat, mangsa mendapati beg miliknya yang mengandungi kunci rumah, kunci stor masjid dan telefon bimbit hilang dengan anggaran kerugian sebanyak RM2,000,” katanya menerusi kenyataan.

Mohd Iqbal berkata, kejadian kedua membabitkan mangsa seorang wanita berusia 58 tahun yang turut kehilangan beg tangan ketika menunaikan solat Isyak di Masjid Al-Hidayah.

“Selepas selesai menunaikan solat, mangsa mendapati beg tangan miliknya yang mengandungi telefon bimbit hilang dengan anggaran kerugian sebanyak RM1,500,” katanya.

Beliau berkata, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedua-dua masjid tersebut, mendapati suspak adalah seorang lelaki tempatan.

“Suspek berpakaian baju hitam dan hijau serta berseluar jeans menggunakan modus operandi sama, iaitu memakai telekung warna putih masuk ke ruangan jemaah wanita, seterusnya mengambil barang berharga milik jemaah yang sedang solat,” katanya.

Ujarnya, suspek kini direman empat hari bermula hari ini hingga Ahad untuk membantu siasatan kes tersebut.

“Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod kes penyalahgunaan dadah dan empat rekod kes jenayah lain.

“Kedua-dua kes tersebut sudah disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya. - Getaran, 23 Disember 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad