web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Nafi Dakwaan Pemilik Akaun Twitter Dolla Dalam Kejadian Di Puchong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 11:05AM

Pemilik akaun Twitter bernama DOLLA mendakwa beliau bersama tiga rakannya telah ditahan oleh tiga individu yang disyaki menyamar sebagai polis ketika sedang menunggu kenderaan untuk pulang ke rumah - Gambar Twitter @dollaofficialMY

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis hari ini menafikan dakwaan seorang pemilik akaun Twitter bahawa beliau dan tiga rakannya telah ditahan tiga individu yang didakwa menyamar sebagai polis, dalam kejadian di Puchong, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A A Anbalagan dalam kenyataan di sini berkata sebaliknya ketiga-tiga individu itu adalah anggota polis sebenar dan sedang menjalankan tugasan pemantauan dan rondaan cegah jenayah.

“Ketiga-tiga anggota polis itu sedang membuat pemantauan kegiatan ops pusat hiburan dan rondaan cegah jenayah di kawasan pentadbiran Puchong Jaya. Mereka telah memperkenalkan diri sebagai polis dan menunjukkan kad kuasa sebelum meminta kad pengenalan empat wanita terbabit untuk membuat semakan rekod jenayah.

Tindakan berkenaan diambil selepas mendapati empat wanita itu berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan pada 11.30 malam dan mereka kemudian dibenarkan beredar dari lokasi selepas pemeriksaan polis tidak menemui sebarang kesalahan dilakukan,” katanya.

Terdahulu, pemilik akaun Twitter bernama DOLLA mendakwa beliau bersama tiga rakannya telah ditahan oleh tiga individu yang disyaki menyamar sebagai polis ketika sedang menunggu kenderaan untuk pulang ke rumah selepas selesai latihan menari.

A Anbalagan berkata justeru itu, pemilik akaun Twitter berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan bagi menentukan sama ada terdapat kesalahan semasa menjalankan tugas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran