web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Media Perlu Perangi Penyebaran Berita Palsu, Ucapan Kebencian - Teo Nie Ching

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 7:00AM

Perkara demikian perlu diberi perhatian oleh pihak media dengan hanya menyampaikan maklumat sahih dan tepat sahaja. - Gambar hiasan oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Agensi-agensi media di negara ini perlu memainkan peranan dalam memerangi penyebaran berita palsu dan ucapan kebencian bagi memastikan keharmonian dalam negara terjamin, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching. 

Beliau berkata, berdasarkan perkembangan semasa, khususnya penggunaan media sosial yang semakin meluas, perkara demikian perlu diberi perhatian oleh pihak media dengan hanya menyampaikan maklumat sahih dan tepat sahaja. 

“Zaman ini berita palsu sudah menjadi ancaman kepada demokrasi, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara-negara lain, jadi peranan yang perlu dimainkan oleh agensi media sekarang ialah bagaimana untuk kita kurangkan ucapan kebencian dan juga maklumat salah dan maklumat palsu. 

Pada masa yang sama, kita tidak hadkan hak kebebasan bersuara. Saya rasa kita perlu capai satu titik keseimbangan dan untuk pastikan bahawa keharmonian masyarakat adalah terjaga,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mendengar taklimat ketika lawatan kerja ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Mastura Ahmad Mustafa serta pengurusan tertinggi Bernama diwakili Pengerusinya Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan Ketua Pegawai Eksekutif Roslan Ariffin.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarang, Perkhidmatan Berita Antarabangsa, Jamaluddin Muhammad yang juga menanggung tugas sebagai Ketua Pengarang,  dan Editor Eksekutif Harlina Samson yang juga menanggung tugas sebagai  Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita.

Mengulas mengenai lawatannya ke Bernama, beliau berharap agar agensi berita nasional itu dapat menjadi sumber pilihan buat pembaca di luar negara untuk mereka mengetahui mengenai perkembangan terkini dalam negara. 

“Saya telah menerima satu taklimat yang cukup terperinci dan ini membantu saya untuk memahami fungsi dan juga cabaran yang dihadapi oleh Bernama.

“Saya harap di bawah pimpinan Menteri KKD Fahmi Fadzil dan juga saya akan bersama warga KKD dan Bernama, kami boleh membantu Bernama supaya dapat memberikan perkhidmatan menyeluruh selain  memastikan informasi dan maklumat disampaikan kepada semua warga Malaysia, tiada orang yang tertinggal,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

BERNAMA Junjung Titah Sultan Selangor Supaya Perangi Berita Palsu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Tempat Untuk Media Promosi Keganasan, Ucapan Kebencian - Nie Ching

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KKD: 3.6 Juta Langgan Perkhidmatan 5G Setakat 31 Oktober

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad