web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Semua PPS Yang Tempatkan Mangsa Banjir Digazet Secara Automatik - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 8:35PM

Ahmad Zahid Hamidi meninjau keadaan mangsa banjir sempena lawatan beliau ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Jelor hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR PUTEH - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan semua pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara yang menempatkan mangsa banjir ketika ini namun belum digazet, kini secara automatik akan berfungsi sebagai PPS.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) berkata bagi tujuan itu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah diarahkan untuk menggazet semua PPS berkenaan.

“Saya telah mengarahkan NADMA untuk menggazet mana-mana tempat yang digunakan sebagai PPS yang tidak digazet untuk secara automatik terus digazet bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir

“Setelah digazet semua bantuan mesti disalurkan ke PPS itu, ini adalah bagi mengelakkan birokrasi kerana selama ini bantuan hanya diberikan di PPS jika ia digazet,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media taklimat situasi banjir Jajahan Pasir Puteh disampaikan oleh Ketua Jajahan Pasir Puteh Ahmad Adlee Yasin di Sekolah Kebangsaan Jelor, Pasir Puteh di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata JPBP telah memutuskan supaya semua PPS di seluruh negara bakal memiliki dewan secara kekal untuk menempatkan mangsa banjir pada masa depan.

“NADMA melalui peruntukan yang akan saya perolehi akan dirikan PPS secara kekal di jajahan atau kawasan yang sering dilanda banjir.

“Ada dua pilihan pertama kita gunakan sekolah-sekolah yang sering dijadikan PPS untuk dibina sebuah dewan bagi dijadikan PPS ketika banjir dan digunakan pihak sekolah di luar musim banjir.

“Ini pendekatan proaktif untuk faedah sepanjang masa bukan hanya bermusim,” katanya.

Ahmad Zahid berkata bagi PPS yang tidak berada di kawasan sekolah, kerajaan negeri akan berbincang dengan Pejabat Tanah dan Galian untuk mengenal pasti tanah yang sesuai.

“Insya-Allah Kerajaan Pusat akan salurkan peruntukan bagi pembinaan secara kekal,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata NADMA atas nasihat Jabatan Meteorologi Malaysia akan menasihatkan orang ramai supaya berpindah tiga hari lebih awal berdasarkan ramalan cuaca luar biasa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

3

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad