web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Umum Jumlah Rasmi Mangsa 92, Seorang Belum Dijumpai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 7:14PM

Anggota Bomba menggunakan anjing pengesan untuk mencari mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali. - Gambar fail oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Polis mengesahkan jumlah rasmi dan sebenar kesemua mangsa yang terlibat dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya dekat sini adalah seramai 92, dan bukannya 94 orang sebagaimana yang diumumkan sebelum ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata jumlah baharu itu diperoleh setelah perkiraan dan semakan semula dibuat beberapa kali, berdasarkan maklumat dan laporan yang diterima dari pelbagai pihak termasuk ahli keluarga.

“Ini adalah jumlah rasmi, kecuali ada mana-mana pihak lagi yang datang mengatakan bahawa ada lagi ahli keluarga yang hilang,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Dengan perkembangan terbaharu itu, beliau berkata ia menjadikan jumlah terkini mangsa yang meninggal dunia seramai 30 orang, selamat (61 orang) dan yang belum dijumpai seorang.

Arjunaidi berkata sebelum ini pihaknya menggunakan angka 94 orang meliputi orang yang hilang, selamat dan meninggal dunia, yang diperoleh berdasarkan data mereka yang berdaftar di pusat perkhemahan berkenaan.

Menurutnya kekeliruan timbul disebabkan terdapat pertindihan data dan perkara itu diketahui pihaknya beberapa hari lepas.

“Kita tak tergesa-gesa umum sebab kita perlu membuat semakan daripada segi data-data dan laporan yang kita ada. Semua ini kita laksanakan dan berpuas hati setakat ini jumlah rasmi mangsa adalah 92, dan bukannya 94,” katanya.

Arjunaidi berkata identiti seorang lagi mangsa yang masih hilang setakat ini adalah seorang kanak-kanak lelaki namun belum dapat dikenal pasti lingkungan umur, dan operasi mencari dan menyelamat mangsa akan dijalankan sehingga kanak-kanak itu ditemukan atau setelah menerima pihaknya menerima arahan tertentu.

Mengenai operasi hari ketujuh hari ini yang ditangguhkan sementara sejak petang tadi berikutan hujan lebat, katanya ia dibuat atas faktor keselamatan.

“Kita tangguh sehingga keadaan selamat untuk menyambung operasi. Sekarang suasana (cuaca) hujan lebat dan pihak geologi terpaksa mengkaji semula dari segi pergerakan dan sebagainya. Kita fikirkan faktor keselamatan,” katanya. - Bernama  

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

38 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Sekitar Johor

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perjalanan Bas Bawa Pelancong Tertangguh, Pemandu Tiada Lesen Memandu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 54 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar