web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Batang Kali: 4 Mayat Ditemukan Bergulung Dengan Khemah - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 3:10PM

Suffian Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Empat mayat mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini, ditemukan dalam keadaan bergulung dengan satu kanvas khemah pada 11.04 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata keempat-empat mayat itu terdiri daripada satu lelaki dan wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan.

“Kesemua mayat berkenaan ditemukan dalam satu khemah yang sama di Sektor C pada kedalaman tujuh meter, lengkap berpakaian dan sudah mula mereput.

“Buat masa ini identiti mereka masih belum dikenal pasti. Jadi, polis tidak dapat mengesahkan sama ada kesemua mayat ini merupakan anggota keluarga atau tidak,” katanya pada sidang media di Pos Kawasan Tempat Kejadian (PKTK) di sini hari ini.

Kesemua mayat berkenaan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Suffian berkata sehingga hari ini, polis menerima tiga laporan orang hilang melibatkan mangsa yang belum ditemukan dan mayat yang belum dikenal pasti.

Beliau berkata mayat lelaki dewasa yang ditemukan pagi semalam iaitu korban ke-26 tragedi merupakan satu daripada yang tersenarai dalam laporan tersebut namun telah dituntut.

Menurut Suffian, berbaki tiga lagi mangsa masih hilang, operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan walaupun sudah genap seminggu kejadian itu berlaku dengan memfokuskan di sektor A dan C.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pasukan mencari menemukan petanda awal keberadaan keempat-empat mayat itu pada 10.43 tadi di sektor berkenaan.

“Khemah tersebut dikesan pada 10.43 pagi bersama-sama barang peribadi yang lain melalui kerja penggalian menggunakan jengkaut sebelum khidmat anjing pengesan K9 digunakan untuk menjejak mangsa dan berjaya menemukan empat mayat dalam khemah yang sama,” katanya.

Mengenai skop kawasan pencarian yang memasuki hari ketujuh operasi, Wan Md Razali berkata anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Pasukan Gerakan Am ditugaskan seawal 9 pagi untuk membuat pemeriksaan termasuk di sungai berhampiran bagi mengesan jika ada mangsa yang terkeluar dari kawasan runtuhan.

Tinjauan Bernama di PKTK mendapati beberapa pengamal media diberi peluang melihat sendiri lokasi kejadian selain mengambil gambar dan video manakala kenderaan pasukan terlibat SAR keluar masuk bagi menghantar anggota untuk bertukar syif penugasan serta menghantar makanan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Solat Jumaat, Hadir Jamuan Aidilfitri Bersama Warga Batang Kali

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ajak Rakyat Sertai Jamuan Raya Di Batang Kali Hari Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan