web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Mangsa Banjir Di Terengganu, Pahang Meningkat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 10:56AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dan Pahang terus meningkat, Johor dan Perak kekal manakala di Kelantan semakin berkurangan setakat 8 pagi ini.

Di TERENGGANU, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir terus meningkat daripada 36,009 orang pada 12 tengah malam tadi kepada 36,231 orang pagi ini.

Sebanyak 9,739 keluarga masih berlindung di 256 PPS di lapan daerah membabitkan Kemaman, Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

Di PAHANG, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir pagi ini meningkat sedikit kepada 35 orang yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ular, Kuantan berbanding 30 orang semalam.

Di KELANTAN, Sekretariat JPBN menyatakan kesemua mangsa ditempatkan di 119 PPS di sembilan jajahan melibatkan Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Pasir Puteh, Jeli, Kota Bharu, Bachok, Tumpat dan Machang terus merekodkan penurunan kepada 30,115 orang pagi ini, berbanding 30,551 orang malam tadi.

Di JOHOR, Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 48 orang pagi ini yang masih berlindung di dua PSS di Segamat melibatkan 34 orang di Balai Raya Kampung (Kg) Batu Badak dan 14 orang di Dewan Komuniti Kg Tasek.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan empat sungai di negeri itu berada pada paras waspada iaitu Sungai Muar, Buloh Kasap di Segamat dengan ketinggian 8.49 meter (m); Sungai Sembrong di Empangan Sembrong (10.02m); Sungai Ayer Hitam di Kg Paya Embun (4.77m) dan Sungai Endau, Kg Labong di Mersing (1.12m).

Di PERAK, jumlah mangsa banjir pagi ini kekal 26 orang daripada 12 keluarga di Bagan Datuk sejak 8 malam tadi, dengan kesemua mangsa ditempatkan di PPS SK Sungai Tiang Darat.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri akan mengadakan lawatan dan menyampaikan kotak makanan di PPS berkenaan pagi ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad