web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anugerah MCMC: Platform Penyedia Perkhidmatan Ke Arah Kecemerlangan - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 8:00AM

Fahmi Fadzil - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyedia perkhidmatan mempunyai ruang untuk penambaikan dalam penyampaian perkhidmatan serta memenuhi keperluan pengguna pada masa hadapan, berdasarkan penilaian bagi Anugerah Penarafan Bintang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berharap ia akan menjadi faktor pendorong kepada semua penyedia perkhidmatan untuk berusaha mencapai kecemerlangan dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan untuk manfaat pengguna.

Beliau berkata pengukuran Penarafan Bintang MCMC merangkumi aspek kewangan dan bukan kewangan iaitu dengan mengiktiraf kecemerlangan penyampaian perkhidmatan berdasarkan pengukuran parameter termasuk Kepuasan Pengguna, Kualiti Perkhidmatan, Rangkaian Pelaburan dan Pematuhan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Setiap parameter membawa wajaran berbeza bergantung kepada kepentingan dan wajaran tertinggi diperoleh daripada suara pengguna melalui parameter ‘Kepuasan Pengguna’.

“Bagi memastikan daya maju dan kebolehpercayaan keputusan, data yang digunakan bagi setiap parameter telah melalui penilaian menyeluruh daripada pakar dan perunding bebas dilantik untuk anugerah ini bagi mengelakkan sebarang ketidaktepatan dalam keputusan,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Penarafan Bintang MCMC 2021 di sini malam tadi.

Anugerah Penarafan Bintang 2021 diadakan bagi meraikan industri telekomunikasi, penyiaran dan industri kurier yang telah memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan kepada rakyat di samping memastikan pertumbuhan sosioekonomi.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Mohammad Mentek dan Ketua Pegawai Eksekutif MCMC Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.

Sementara itu, Fahmi berkata pada suku ketiga 2022, langganan selular mudah alih berjumlah lebih 47.2 juta iaitu peningkatan 800,000 berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata penembusan kadar selular mudah alih bagi setiap 100 penduduk menyaksikan peningkatan tertinggi bagi suku ketiga iaitu 143.7 peratus berbanding 142.1 peratus pada suku ketiga 2021, walaupun berlaku penurunan drastik pada suku pertama 2022 sebanyak 139.8 peratus.

Untuk langganan stesen televisyen berbayar (TV) seperti IPTV dan satelit, langganan mencatat lebih 6.54 juta pada suku ketiga tahun ini, iaitu peningkatan 200,000 berbanding tahun lepas.

“Menariknya, adalah Kadar Penembusan TV Berbayar menyaksikan beberapa turun naik mengejutkan, daripada 82.2 peratus pada suku ketiga 2021, 78.8 peratus pada suku pertama 2022 dan 81 peratus pada suku ketiga 2022,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad