web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Jamin Projek PLSB Sungai Golok Dipercepat - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 9:26PM

Anwar berkata projek PLSB akan dijalankan secara tender terhad untuk memastikan tidak ada kos berlebihan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan kerajaan akan mempercepatkan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 dan 2 di Kelantan tanpa kos berlebihan.

Beliau berkata bagi tujuan tersebut projek PLSB akan dijalankan secara tender terhad untuk memastikan tidak ada kos berlebihan.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu segera hantar laporan berhubung PLSB Sungai Golok kepada Kementerian Kewangan (MOF) sebelum tender dibuka.

“Saya bagi jaminan MOF akan segerakan laluan pantas untuk meluluskan dengan syarat ia bukan rundingan terus untuk menjamin supaya kos tidak meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) SMK Tengku Panglima Raja, Pasir Mas, di sini hari ini.

Dalam lawatan itu, beliau turut diberi taklimat mengenai situasi semasa banjir di Jajahan Pasir Mas oleh Ketua Jajahan Pasir Mas Hazmi Abdul Hamid dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan Kamal Mustapha.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau telah meminta JPS dapat menghantar laporan mengenai projek PLSB Sungai Golok itu akhir bulan ini.

“Tetapi jadualnya saya tidak tahu, tetapi saya beritahu kalau boleh dipercepatkan supaya kalau boleh kelulusan di MOF disegerakan.

“Tetapi mungkin jadualnya bulan Januari kita bagi sedikit kelonggaran. Mesejnya ialah JPS perlu segerakan,” katanya.

Ditanya mengenai sama ada peruntukan projek PLSB Sungai Golok Fasa 1 dan 2 akan dikurangkan kerana akan dilaksanakan secara tender terhad, Anwar berkata perkara tersebut bergantung kepada tender.

“Ia ikut tender, tidak boleh tender biasa kerana mengambil masa terlalu panjang, tidak boleh rundingan terus kerana kos itu meningkat dan saya masih melihat fail-fail rundingan terus semua ada masalah kos meningkat jadi lebih baik kita ada tender terhad dan proses itu boleh dipercepatkan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 59 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad