web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Lulus Bantuan Segera Banjir RM100 Juta Kepada Kelantan, Terengganu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 8:02PM

Anwar bertanyakan sesuatu kepada salah seorang mangsa banjir semasa melakukan lawatan ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja sempena lawatan kerja sehari beliau ke Kelantan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan segera bantuan banjir berjumlah RM100 juta kepada negeri Kelantan dan Terengganu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negeri berkenaan masing-masing memperoleh RM50 juta susulan keadaan banjir yang serius untuk kebajikan rakyat.

“Kerajaan hari ini bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta masing-masing di Kelantan dan Terengganu sebagai bantuan awal untuk meringankan beban akibat bencana Monsun Timur Laut.

“Jumlah keseluruhan bantuan untuk kedua-dua negeri adalah sebanyak RM100 juta,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Terdahulu, Anwar sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit menyantuni mangsa banjir di PPS berkenaan dan mendengar taklimat berkaitan situasi banjir di Kelantan yang dihadiri oleh agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Mengulas lanjut, Anwar berkata bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir turut diberikan berjumlah RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpindah ke PPS dan RM10,000 kepada keluarga yang kematian ahli keluarga akibat banjir yang mana bayaran diberikan kepada KIR. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

4

Semasa 2 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 16 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar