web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JAKIM Adakan Solat Hajat Musibah Banjir Di 3 Masjid Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 3:31PM

Situasi banjir di Taman Desa Tanjung Damai, Gong Badak, Terengganu hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan bacaan Yasin, solat hajat dan doa selamat secara serentak di tiga masjid seliaannya esok susulan situasi banjir negara semakin memburuk ketika ini.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, masjid berkenaan adalah Masjid Negara, Kuala Lumpur serta dua masjid di Putrajaya, iaitu Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Menurutnya, ia bertujuan memohon perlindungan, keselamatan dan kesejahteraan negara daripada musibah itu.

“Program tersebut akan diadakan serentak pada 22 Disember selepas Solat Maghrib.

“JAKIM turut menjemput dan mengesyorkan semua majlis dan jabatan agama Islam negeri melalui masjid dan surau di seluruh negara, sama-sama mengadakan program seumpama ini, agar kesatuan usaha serta doa seluruh umat akan menambahkan lagi keberkatan doa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar meminta JAKIM mengadakan solat hajat di tiga masjid berkenaan bagi memohon perlindungan, keselamatan dan kesejahteraan negara daripada musibah banjir.

Katanya, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga akan bekerjasama mengadakan solat hajat di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan. 

Mohd Na’im berkata, beliau mengikuti perkembangan kejadian banjir yang kini melanda Kelantan, Terengganu dan Pahang serta amat bersimpati dan berdukacita dengan keadaan mangsa.

“Saya amat bersimpati dan berdukacita dengan keadaan mangsa banjir dan masyarakat yang sedang berhadapan dengan situasi ini. 

“Semua pihak adalah dipohon mengambil langkah berwaspada serta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan diri dan keluarga masing-masing. 

“Semua pihak juga diseru terus berdoa dan bermunajat memohon perlindungan, keselamatan serta kesejahteraan negara daripada musibah banjir, selain untuk kemudahan dan kesegeraan penemuan mangsa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Mohd Na’im berkata, beliau berharap seluruh mangsa banjir dan ahli keluarga sentiasa tanah serta sabar dengan ujian tersebut.

“Semoga urusan seluruh anggota keselamatan, jentera barisan hadapan, sukarelawan dan semua pihak, dipermudahkan Allah SWT jua,” katanya.

Setakat jam 8 malam tadi, seramai 70,284 mangsa banjir di catatkan di lima negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor.

Terengganu dan Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas dengan mangsa paling ramai, iaitu masing-masing 39,311 dan 30,387 mangsa. - Getaran, 21 Disember 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar