web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: Mayat Kanak-Kanak Mangsa Ke-25 Ditemui Malam Tadi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 6:44AM

Pasukan SAR operasi tanah runtuh berjaya menemui mangsa yang ke-25, seorang kanak-kanak perempuan, di sektor C - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Usaha gigih tanpa mengira penat pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mengesan baki mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor membuahkan hasil apabila mayat Ke-25, iaitu seorang kanak-kanak perempuan ditemukan pada jam 11.20 malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kemas kini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor melalui Facebook.

“Pasukan SAR operasi tanah runtuh berjaya menemui mangsa yang ke-25, iaitu seorang kanak-kanak perempuan di sektor C,” katanya.

Menerusi hantaran sama, JBPM mengemas kini maklumat setakat jam 11.20 malam, membabitkan 94 mangsa yang terbabit dalam kejadian itu.

“(Seramai) 61 orang selamat dan cedera. Manakala, 25 meninggal dunia, iaitu lima kanak-kanak lelaki, tiga kanak-kanak perempuan serta wanita dewasa (13) dan lelaki dewasa (4).

“Pencarian masih berjalan atas pencarian lapan mangsa yang tidak ditemui lagi,” katanya.

Susulan penemuan itu, SAR hari kelima terbabit ditangguhkan pada jam 12 tengah malam tadi.

Manakala, menerusi laporan Bernama, kanak-kanak ditemui itu dianggarkan berusia lingkungan lima hingga tujuh tahun.

Operasi malam tadi dipergiatkan dengan anggota pasukan ‘sweeper’ ditingkatkan empat kali ganda kepada 28 orang, berbanding hanya tujuh orang, semalam.

“Cuaca baik sejak kelmarin membantu melancarkan operasi SAR yang bermula kira-kira 8 pagi semalam, selain Jabatan Kerja Raya melaporkan tiada pergerakan tanah (susulan) di kawasan pencarian,” menurut laporan itu.

Ketika misi berkenaan, anggota penyelamat menemukan selimut, tong dan peralatan perkhemahan ketika pencarian di sektor C (Riverside).

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Md Ismail berkata, selain sektor C, pihaknya mengulangi pencarian di sektor A (Hill View) dan B (Farm View) bagi mengesan mangsa.

Jelasnya, anggota penyelamat juga terus bersemangat dan tidak berputus asa dalam menjalankan tugas pencarian, meskipun terdapat tiga pegawai serta anggota menerima rawatan selepas kurang sihat dan mengalami kecederaan ringan.

Malah, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, ada antara anggota penyelamat yang enggan keluar dari lokasi pencarian bagi mengesan baki mangsa masih hilang, walaupun dibenarkan untuk berehat.

Komitmen ditunjukkan anggota SAR itu turut mendapat perhatian Istana Selangor, apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin semalam, menzahirkan penghargaan kepada mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, polis sudah merakam keterangan 53 individu, bagi membantu siasatan berhubung tragedi berkenaan, termasuk pengusaha, dua pekerja tapak perkhemahan dan mangsa terselamat serta ahli keluarga mereka.

Sebelum itu, usaha SAR mencari sembilan mangsa terbabit tidak menemui sebarang petunjuk baharu.

Operasi dijalankan selama 12 jam dari jam 9 pagi itu, gagal mengenal pasti kedudukan mangsa terbabit, sebelum ia dihentikan sementara berikutan hujan yang berisiko kepada pasukan SAR untuk meneruskan operasi.

Kejadian pada Jumaat lalu itu dilaporkan berlaku apabila tanah runtuh berhampiran ladang organik berkenaan, menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan.

Usaha mencari dan menyelamat dibantu beberapa agensi, iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART). – Getaran, 21 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 9 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar