web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: Polis Rakam Keterangan 53 Individu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2022 11:39AM

Arjunaidi Mohamed - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMENYIH - Polis sudah merakam keterangan 53 individu bagi membantu siasatan berhubung tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya dekat Batang Kali pada awal Jumaat lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata selain pengusaha dan dua pekerja tapak perkhemahan itu, pihaknya turut mengambil keterangan daripada mangsa yang terselamat dan keluarga mereka. 

"...akan ada beberapa individu lagi yang dipanggil bagi membantu siasatan," katanya selepas merasmikan Balai Polis Semenyih di sini hari ini. 

Arjunaidi berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 304A iaitu menyebabkan kematian tanpa niat, Seksyen 290 Kanun Keseksaan menyebabkan kegusaran awam dan Seksyen 107 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana menjalankan operasi tapak perkhemahan di lokasi projek pertanian tanpa lesen. 

Beliau berkata pihaknya turut menubuhkan pasukan khusus di Hospital Sungai Buloh bagi membantu menyalurkan maklumat berkaitan tragedi itu kepada keluarga dan mangsa. 

“Pasukan itu dianggotai seorang pegawai berpangkat ACP dan dibantu lapan anggota yang bertugas pada setiap syif,” katanya. 

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah dilapor berkata pihaknya telah memanggil pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dan dua pekerjanya pada Sabtu lepas bagi membantu siasatan berhubung tragedi tanah runtuh yang setakat ini mengorbankan 24 nyawa.

Jumaat lepas, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata tapak perkhemahan berkenaan diusahakan tanpa lesen kebenaran beroperasi daripada Majlis Daerah Hulu Selangor.

Dalam kejadian 2.42 pagi Jumaat, runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter telah menimpa tapak perkhemahan itu, di Jalan Genting-Batang Kali.

Operasi mencari dan menyelamat hari ini memasuki hari kelima dan setakat ini, sembilan orang masih hilang dan 61 orang selamat daripada keseluruhan 94 mangsa. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad