web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Jadikan Dewan Rakyat Seperti 'Sarkas' - Anwar Ingatkan Ahli Parlimen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2022 10:50AM

Anwar telah menegur semua ahli Parlimen agar hormati Dewan Rakyat dan menjaga tatasusila ketika berbahas. - Gambar ihsan Jabatan Pnerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Ahli Parlimen supaya tidak melanggar tatasusila Dewan Rakyat dan menjadikannya sebagai 'sarkas'.

Anwar memberi ingatan berkenaan selepas tercetus kekecohan semalam ketika Ahli Parlimen berbahas mengenai usul percaya ke atas kepimpinannya semalam.

"Saya telah memaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri II (Datuk Seri Fadillah Yusof) dan (kerajaan) ketua whip untuk memaklumkan kepada Ahli-Ahli Parlimen supaya mematuhi tatasusila Parlimen dan tidak bertindak keterlaluan,'' katanya.

"Saya berharap supaya Ketua Pembangkang (Datuk Seri Hamzah Zainuddin) akan melakukan perkara sama untuk Perikatan National (PN). Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju dan berdebat tetapi bukan sehingga orang menyifatkan Parlimen sebagai 'sarkas','' katanya.

Pada masa sama, Anwar meminta blok pembangkang PN bahawa beliau kekal untuk membersihkan negara daripada rasuah dan lebih suka membincangkan cara untuk membangunkan negara dengan lebih baik daripada terlibat dalam serangan peribadi.

''Saya komited membersihkan negara daripada rasuah, termasuk (perbuatan) “hoi, hoi ya hoi’ tidak akan berlaku lagi. Ini termasuk seluruh 'pulau' yang (didakwa) telah meluluskan kontrak kepada saudara mereka sendiri,'' kata Anwar.

Semalam, Hamzah (Larut-PN) dan Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau-PN) turut menyanyikan lagu 'hoi, hoi. ya hoi' dari Altimet 'Aduh Malaysia', sambil menegur Anwar yang telah membentuk kerajaan dengan bantuan Barisan Nasional (BN).

Lagu berkenaan menjadi terkenal dan digunakan secara meluas oleh Anwar semasa kempen pilihan rayanya sebagai cara untuk menyatakan bahawa lawan politik Pakatan Harapan (PH), termasuk BN didakwa terlibat dalam rasuah.

Semalam, perang mulut tercetus selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau-PN) mempersoalkan keperluan diadakan usul percaya untuk Anwar.

Bekas Ahli Parlimen UMNO itu, yang kini bersama PN, berkata ini kerana pelantikan Anwar sudah absah oleh Yang di-Pertuan Agong.

Keadaan ini bagaimanapun mencetuskan kemarahan Ahli Parlimen kerajaan, terutamanya Mohd Sany Hamzan (Hulu Langat-PH) yang menjerit terhadap Shahidan dan Ahli Parlimen pembangkang yang lain. - The Vibes, December 20, 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad