Berita Terkini

6 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tragedi Banjir: 3 Beradik Maut Renjatan Elektrik

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 3:04PM

Mayat 3 beradik itu ditemui terapung kira-kira 11.45 pagi tadi di Kampung Morak, Tumpat, Kelantan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga beradik perempuan maut dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah rumah yang ditenggelami air banjir di Kampung Morak, Tumpat, Kelantan hari ini.

Difahamkan kesemua mangsa yang berumur 20 hingga 27 tahun itu, ditemui dalam keadaan terapung pada kira-kira jam 11.45 pagi.

Seorang daripada mangsa adalah guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti). Media melaporkan, seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah.

Arus elektrik itu kemudian mengalir ke dua adik mangsa di hadapan rumah, menyebabkan kedua-duanya turut maut. 

Menerusi laporan Berita Harian, ahli keluarga mangsa, Mohd Amin Mohd Nazir, 25, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.

Laporan sama memaklumkan, jiran keluarga terbabit, Che Zahiyah Che Yaakob, 53, memberitahu dia melihat tiga beradik itu berjalan melintasi rumahnya dan sempat bertanya ke mana mereka ingin pergi.

Katanya, Nor Syazwani kemudian menjawab mereka ingin melihat air di dalam tali air di hadapan rumah.

“Nor Syazwani berpegang pada tiang rumah saya dan tiba-tiba dia terus terjatuh, sebelum badannya menjadi kejang dan tersentak. Fatiah yang berada di belakang cuba membantu, namun turut mengalami keadaan sama.

“Sakinah yang berjalan di hadapan mereka berpatah untuk membantu dan turut terjatuh serta kejang.

“Saya terus menjerit memanggil ahli keluarga lain dan suami segera mengambil kain sebelum cuba menyentuh salah seorang daripada mereka. Dia turut terasa aliran elektrik menyebabkannya terpaksa berundur,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Che Zahiyah berkata, penduduk kampung kemudian segera menghubungi bomba dan polis untuk memaklumkan kejadian terbabit.

Sementara itu, ibu mangsa, Zainun Sulaiman, 62, berkata ketiga-tiga anak perempuannya itu masih belum berumahtangga dan sangat rapat.

“Ketika sedang berehat di ruang tamu, saya terdengar bunyi bising seperti orang menjerit di rumah jiran bersebelahan dan keluar untuk melihat apa yang berlaku.

“Saya ternampak tiga anak perempuan terbaring di dalam air, sebelum diberitahu mereka sudah meninggal dunia kerana renjatan elektrik.

“Saya reda Allah ambil anak saya serentak sebab masa hidup pun mereka memang rapat. Allah nak mereka pergi pun bertiga. Sedih memang sedih, tapi itu kerja Allah, saya reda,” katanya menahan sebak.

Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Morak sebaik selesai. – Getaran, 19 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemui Maut, Berlumuran Darah Dalam Bilik

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Memandu Secara Berbahaya, Kontraktor Didakwa Sebabkan Kematian 2 Beradik

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Israel 'Tidak Melakukan Secukupnya Untuk Melindungi Pekerja Bantuan' Di Gaza - Biden

4

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Ditahan Seludup Beras, Pelbagai Jenis Dadah

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

ANAK: Individu Tanpa Kerakyatan Menjadi ‘Hantu’ Di Negara Sendiri

Semasa 1 hari yang lalu

Isham Jalil Kemuka Representasi Untuk Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Badan Kehakiman

Semasa 1 hari yang lalu

Krim Zmy Ada Merkuri, Sila Hentikan Penggunaan Serta Merta - NPRA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Tak Dedah Mengenai Pertemuan Dengan Raja Arab Saudi Ketika Siasatan – Saksi