web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ucapan Speaker Baharu: Dewan Rakyat Harus Dijadikan Platform Sampai Teguran Membina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 12:08PM

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Gurun Datuk Johari Abdul mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat perlu menjadi platform untuk menyampaikan teguran membina dan pendapat molek serta bernas.

Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu, Datuk Johari Abdul berkata, Ahli Parlimen tidak sepatutnya menggunakan medan itu bagi kepentingan politik mana-mana parti, kumpulan atau individu.

Katanya, mereka juga perlu menjadikan kepentingan negara sebagai matlamat utama ketika persidangan berlangsung.

“Saya memohon Ahli Yang Berhormat untuk menghormati kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan memberi penghormatan dan kepercayaan kepada saya sebagai Yang Dipertua.

“(Ini) Bukan atas dasar kapasiti peribadi, tetapi sebagai individu yang dipilih menduduki kerusi ini, diberi tanggungjawab dalam segala prosiding dan urusan dalam dewan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sulung selepas dipilih mengisi kekosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat sebentar lagi.

Terdahulu, Johari yang juga mantan Ahli Parlimen Sungai Petani, memperoleh 147 undian selepas mendapat sokongan Ahli Parlimen.

Beliau menjadi individu ke-11 dilantik untuk jawatan itu.

Menerusi ucapannya juga Johari berjanji mencuba untuk menunaikan tugas dengan adil dan saksama, seperti mana sumpah dilafazkan.

Pada masa sama, beliau mengajak semua ahli Dewan Rakyat untuk membulatkan iltizam dan menjalankan kerjasama, bagi memacu serta menjayakan hala tuju dalam membina masa depan negara.

Menerusi ucapannya juga Johari berjanji mencuba untuk menunaikan tugas dengan adil dan saksama, seperti mana sumpah dilafazkan - Gambar Fail Bernama
Menerusi ucapannya juga Johari berjanji mencuba untuk menunaikan tugas dengan adil dan saksama, seperti mana sumpah dilafazkan - Gambar Fail Bernama

“Marilah kita tanamkan tekad untuk menyumbang kepada kesejahteraan dan keharmonian rakyat seluruhnya,” ujarnya.

Johari menambah, beliau dengan rendah diri merakamkan penghargaan dan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana sesungguhnya Kerajaan Perpaduan terbentuk adalah atas titah perkenan baginda.

“Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada seluruh pengundi kerana menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat dalam mencorakkan kepimpinan negara.

“Pilihan raya umum kali ini juga menyaksikan penglibatan anak muda seawal umur 18 tahun sebagai pengundi yang memberi impak peningkatan besar terhadap peratusan keluar mengundi.

“Pengundi muda dibenarkan mengundi buat julung kali dalam sejarah pilihan raya, sekali gus (ini) turut memberi sumbangan penting kepada membentuk hala tuju negara,” katanya. -

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini, beberapa agenda akan diadakan serta dibentang dengan perkara utama mengenai undi usul percaya untuk menentukan keabsahan pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas memegang jawatan itu mulai 24 November lalu.

Keputusan membentangkan usul undi percaya itu ditetapkan Anwar bagi membuktikan keabsahan beliau dari segi persepsi politik dan penafsiran dalam Perlembagaan Persekutuan.

Usul undi percaya itu juga bertujuan membuktikan Anwar memperoleh sokongan Ahli Parlimen bagi memimpin kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dewan Rakyat ini turut menyaksikan pemilihan Yang Dipertuanya dan timbalan, selain acara mengangkat sumpah 222 Ahli Parlimen.

Pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan timbalannya itu diadakan selepas Tan Sri Azhar Azizan Harun pada 2 Disember lalu, mengosongkan kedudukannya untuk jawatan berkenaan sebelum Parlimen bersidang.

Anwar pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet pertama 5 Disember lalu berkata, persidangan Parlimen pertama itu juga akan membentang dan meluluskan peruntukan khas atau mini bajet bagi tujuan membayar emolumen penjawat awam bagi Januari. - Getaran, 19 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam