web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rugi Lebih RM300,000 Ditipu Scammer Kabinet Dapur, Mangsa Mahu Keadilan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 9:45PM

Antara kabinet dapur mangsa penipuan yang gagal disiapkan. - Gambar Fitri Nizam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dek terpengaruh dengan tawaran menarik dan ‘janji manis’ diiklankan sebuah syarikat pembuat kabinet dapur menerusi media sosial, lebih 10 individu mendakwa menjadi mangsa penipuan pihak berkenaan.

Menerusi pendedahan kepada Getaran, mereka mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit apabila kelengkapan itu gagal disiapkan sepenuhnya, manakala ada antara mangsa langsung tidak mendapat perkhidmatan pemasangan terbabit walaupun wang sudah dibayar.

Seorang mangsa, Roshana Harun, 50, berkata, sekitar awal tahun ini, dia dan suami mencari syarikat pemasangan kabinet dapur bagi mengubai suai ruang kediaman mereka di Cheras.

Menurutnya, dia mengetahui perkhidmatan ditawarkan itu menerusi iklan di Facebook, sebelum menghubungi nombor tertera di situ.

Selepas membuat perjanjian dengan wakil syarikat tersebut yang dikenali Amirul, katanya, dia melakukan transaksi pemindahan wang pendahuluan sebanyak RM10,000 kepada akaun pihak berkenaan.

Mangsa penipuan scam kabinet dapur yang ditemui selepas membuat laporan polis. - Gambar oleh Fitri Nizam
Mangsa penipuan scam kabinet dapur yang ditemui selepas membuat laporan polis. - Gambar oleh Fitri Nizam

“Pada mulanya, pekerja syarikat itu ada datang ke rumah saya bagi membuat ukuran ruang, pemilihan reka bentuk dan bahan akan digunakan untuk kabinet dapat tersebut.

“Pekerja itu juga kemudian datang memasang rangka kabinet dapur, namun selepas saya membuat pembayaran penuh sebanyak RM25,000, kerja pemasangan terbabit tidak lagi diteruskan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Roshana berkata, ketika dihubungi semula, pelbagai alasan diberikan Amirul untuk menangguhkan kerja pemasangan kabinet itu, sehingga lelaki tersebut ‘ghaib’ dan tidak lagi dapat dikesan sehingga kini.

“Selepas beberapa bulan, kami baru dapat tahu rupanya ada lebih kurang 15 lagi individu ditipu Amirul dengan menggunakan modus operandi sama, membabitkan kerugian hampir RM300,000.

“Sekarang apabila kita hubungi nombor dia, ia sudah tidak digunakan, malah bengkel disewa Amirul di Sri Kundang, Rawang tidak lagi beroperasi,” katanya yang juga pegawai di sebuah bank.

Seorang lagi mangsa, Norhaizi Muhammad @ Hamat, 53, berkata, dia mengenali Amirul melalui pereka dalaman kediaman sekitar Mac tahun lalu untuk kerja pengubahsuaian kabinet dapur bagi kediaman miliknya di Rawang.

Jelasnya, sejak hampir setahun lalu, iaitu sejak 28 Oktober hingga 30 September tahun ini, dia membuat transaksi pemindahan kepada Amirul sebanyak empat kali membabitkan sejumlah RM32,000.

Selepas membuat pembayaran, beliau menghubungi Amirul untuk mengetahui status penyiapan kerja pemasangan dan setiap kali dihubungi, individu terbabit memberikan pelbagai alasan.

“Hinggalah pada 1 November lalu ketika melihat perkembangan kerja tersebut, saya dapati hanya rangka kabinet dipasang.

“Apabila saya cuba menghubungi dia untuk bertanyakan berhubung perkara ini, saya dapati nombor telefon saya sudah disekat olehnya,” katanya.

Kebanyakan mangsa tertipu selepas tertarik dengan tawaran yang diberikan. - Gambar oleh Fitri Nizam
Kebanyakan mangsa tertipu selepas tertarik dengan tawaran yang diberikan. - Gambar oleh Fitri Nizam

Manakala, bagi seorang mangsa dari Melaka, Farhad Hassan, 30-an, dia berminat untuk berurusan dengan syarikat Amirul untuk pengubahsuaian kabinet dapur bagi kediaman dibelinya di Melaka, selepas tertarik dengan tawaran disediakan.

Ujarnya, apa yang mengecewakan, sejurus membuat pembayaran menerusi beberapa kali transaksi pemindahan wang sebanyak RM16,800, baharulah dia mengetahui mengenai penipuan itu.

Farhad berkata, dia mengetahui mengenai kes Amirul apabila ada mangsa menularkan menerusi Facebook mengenai syarikat milik lelaki itu yang didakwa menipu mereka.

“Apabila saya bertanyakan kepada Amirul berhubung perkara (dakwaan penipuan) itu, dia menafikannya dan memberi jaminan akan menyiapkan kabinet dapur rumah saya seperti dijanjikan.

“Bagaimanapun, apabila melihat tiada perkembangan lanjut dalam proses pemasangan kabinet di rumah, saya ke bengkel Amirul di Sri Kundang, sebelum dimaklumkan bahawa syarikat tersebut sudah tidak beroperasi.

“Malah, pekerjanya juga mendakwa tidak dibayar gaji dan pemilik bengkel juga tidak mendapat bayaran sewa,” katanya.

Getaran difahamkan ada seorang mangsa dari Bangi, Selangor mengalami kerugian tertinggi, iaitu sebanyak RM60,000.

Namun, dia dikatakan belum membuat laporan polis disebabkan hanya mengetahui ditipu Amirul beberapa hari lalu.

Malah, beberapa mangsa yang ditemui Getaran sedar wang mereka sudah ‘lesap’, tetapi sekurang-kurangnya mahu Amirul dikenakan tindakan undang-undang, bagi memastikan dia tidak terus menipu orang lain. - Getaran, 18 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahid AF Kongsi Kisah Duit Dalam Akaun Isteri Lesap

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad