web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerja Pencegahan Jangka Pendek Elak Runtuhan Susulan - JKR

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 8:00PM

JKR melakukan kerja pembaikan jangka pendek di tapak perkhemahan Father's Organic Farm bagi mengelakkan runtuhan susulan. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerja-kerja pencegahan pembaikan jangka pendek iaitu menutup segera permukaan cerun yang terdedah dengan tarpaulin sheet di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, di Batang Kali, Selangor, telah dilaksanakan bagi mengelakkan runtuhan susulan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya turut membuat pengalihan air saliran permukaan dan longkang sedia ada daripada longkang sebelah kiri ke longkang sebelah kanan untuk mengelakkan air larian masuk ke dalam kawasan runtuhan, selain memasang tilt sensor bagi memantau pergerakan tanah di lokasi berkenaan.

Menurut kenyataan itu langkah berkenaan diambil susulan pemeriksaan awal pasukan Forensik dan Kejuruteraan Cerun JKR yang mendapati terdapat aliran air bawah tanah yang aktif dikesan di lokasi cerun runtuh terutamanya dalam kawasan perkhemahan.

“Penemuan awal mendapati berlaku dua kegagalan cerun di lokasi sama dengan sela masa 20 minit hingga 30 minit antara kedua-duanya.

“Kegagalan cerun yang pertama berkemungkinan besar berlaku di kawasan perkhemahan yang mengakibatkan kawasan di kaki (toe) cerun jalan raya menjadi lemah dan berlakunya runtuhan susulan (kedua) yang lebih besar,” menurut JKR.

Insiden runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan itu pada 2.42 pagi Jumaat lepas dengan anggaran isi padu tanah runtuhan sebanyak 450,000 meter padu, mengorbankan 24 orang daripada keseluruhan 94 mangsa setakat petang semalam, 61 orang selamat dan sembilan masih hilang.

Menurut kenyataan itu penemuan turut mendapati bahu jalan B66 Seksyen 13.0 dari arah Gohtong Jaya ke Batang Kali telah jatuh dan rosak akibat runtuhan cerun, selain terdapat retakan (tension cracks) secara memanjang pada lorong kiri laluan menghala ke Batang Kali kesan daripada runtuhan tersebut.

“Berdasarkan hasil penemuan itu, dipercayai ketepuan tanah dan tekanan air liang tanah yang tinggi akibat pengumpulan air bawah tanah pada bahagian bawah cerun di kawasan perkhemahan, telah melemahkan kaki cerun jalan B66 seterusnya menyebabkan kegagalan retrogresif kepada cerun jalan,” menurut JKR.

JKR turut memaklumkan tindakan siasatan tanah terperinci dijangka dilaksanakan di tapak berkenaan sejurus operasi mencari dan menyelamat ditamatkan.

Selain itu, jalan negeri B66 laluan Batang Kali - Genting Highlands ditutup sepenuhnya pada 16 Dis susulan daripada kejadian tanah runtuh di Seksyen 13.0  laluan terbabit. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Solat Jumaat, Hadir Jamuan Aidilfitri Bersama Warga Batang Kali

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ajak Rakyat Sertai Jamuan Raya Di Batang Kali Hari Ini

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar