web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: Raja Permaisuri Agong Harap Semua Pihak Bersabar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 7:35PM

Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan mencemar duli meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini.

Tunku Azizah tiba pada 4.10 petang dengan diiringi anakanda Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah dan disambut oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. 

Seri Paduka kemudian meluangkan masa kira-kira 40 minit mendengar taklimat daripada pasukan keselamatan di pusat operasi SAR berhubung tragedi yang setakat ini telah mengorbankan 24 nyawa.

Tunku Azizah yang berkenan bertemu dengan media selepas itu, menitahkan semua pihak terutama keluarga mangsa yang terlibat dengan tragedi berkenaan supaya terus bersabar.

Baginda bertitah, semua anggota SAR, kini sedang melakukan usaha terbaik bagi mencari baki sembilan mangsa yang masih hilang.

Sejurus selepas itu, Baginda berkenan mencemar duli meninjau sendiri lokasi kejadian dan melihat kerja-kerja SAR yang sedang dilakukan walaupun dalam keadaan hujan renyai sambil diberikan penerangan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis. 

Operasi SAR di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, kini memasuki hari ketiga dengan setakat ini 24 mangsa disahkan meninggal dunia, 61 selamat dan sembilan masih hilang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Raja Permaisuri Agong Berkenan Kurnia Sijil Pandu Puteri Raja

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengusaha Akur Garis Panduan Demi Keselamatan Di Tapak Perkhemahan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Raya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek