web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selamatkan Mangsa Dahulu, Isu Lesen Kemudian - Exco Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 8:05PM

Isu tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm Jalan Genting, Batang Kali, Selangor yang beroperasi tanpa lesen akan ditangani pada masa sepatutnya - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Isu tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm Jalan Genting, Batang Kali, Selangor yang beroperasi tanpa lesen akan ditangani pada masa sepatutnya, memandangkan tumpuan kini adalah untuk mencari mangsa yang masih tertimbus.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han berkata, tumpuan utama pihak berkuasa pada masa ini adalah menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap di bawah timbunan tanah.

“Saya rasa buat masa ini kita harus fokus kepada semua usaha untuk menyelamatkan mangsa.

"(Saya) akan memberi ulasan mengenainya (beroperasi tanpa lesen) selepas ini," katanya kepada The Vibes.

Beliau diminta mengulas mengenai bagaimana tapak perkhemahan tersebut yang hanya mempunyai kelulusan untuk membangunkan ladang organik, boleh mengendalikan kawasan perkhemahan secara haram.

Semalam, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mendedahkan semakan menunjukkan tapak perkhemahan itu tidak mempunyai lesen, walaupun ladang itu mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Hulu Selangor pada 2019 untuk menjalankan aktiviti pertanian organik.

Katanya, pengusaha berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 dan penjara tidak kurang tiga tahun di bawah Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974 (Akta 133) kerana mengendalikan tapak perkhemahan tanpa permit.

Seramai 94 mangsa dilaporkan terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan itu awal pagi semalam dengan 61 daripadanya berjaya diselamatkan.

Sehingga petang tadi, seramai 24 mangsa ditemui mati dan sembilan lagi masih hilang. – The Vibes, 17 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perlu Lesen Sebelum Gajikan Pelakon Kanak-Kanak, Lebih 73 Peratus Syarikat Tidak Tahu - DOSM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar