web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebih Banyak Kajian Diperlukan: KL Belum Wartakan Lorong Basikal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 11:03AM

Sehingga lorong basikal yang ditetapkan diwartakan, tidak jelas sama ada pengguna jalan raya boleh menghadapi tindakan penguatkuasaan kerana menghalang atau menceroboh laluan berkenaan. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih mengkaji cadangan untuk mewartakan lorong basikal di ibu negara berikutan kebimbangan yang dibangkitkan aktivis pengangkutan awam baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan kepada The Vibes, DBKL berkata, lebih banyak kajian diperlukan untuk menguatkuasakan lorong biru secara sah kerana beberapa jalan yang terlibat perlu dikenal pasti mengikut kesesuaian.

“Memandangkan pewartaan itu mesti dibuat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan peraturan lain yang berkaitan, perbincangan mesti dilakukan terlebih dahulu dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan agensi lain seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ),” katanya.

Sehingga lorong basikal yang ditetapkan diwartakan, tidak jelas sama ada pengguna jalan raya boleh menghadapi tindakan penguatkuasaan kerana menghalang atau menceroboh laluan berkenaan.

Isu itu dilaporkan oleh The Vibes awal bulan ini berikutan kenyataan kumpulan advokasi pengangkutan awam Transit Malaysia pada mesyuarat “Safer Streets” baru-baru ini.

Mesyuarat itu membincangkan, antara lain, bagaimana untuk meningkatkan kebolehcapaian di Kuala Lumpur melalui reka bentuk jalan dan penggunaan tanah yang lebih selamat.

Ia dianjurkan oleh Bike Commute KL, Global Designing Cities Initiative, Bloomberg Philanthropies Initiative for Global Road Safety dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Pada mesyuarat itu, ahli jawatankuasa pemandu Transit Malaysia, Zac Cheong membangkitkan kebimbangan mengenai teknikal lorong biru dan hijau masing-masing di Kuala Lumpur dan George Town.

“Khususnya, bagi warga Kuala Lumpur, ramai yang tidak sedar bahawa DBKL dan pihak berkuasa berkaitan masih belum mewartakan atau memasukkan lorong basikal dalam undang-undang kecil atau peraturan jalan raya,” katanya.

Sudah tentu timbul tanda tanya mengenai peruntukan di bawah undang-undang untuk majlis tempatan mengambil tindakan terhadap kenderaan yang diletakkan secara sembarangan, atau jika berlaku pencerobohan terhadap lorong basikal oleh kenderaan bermotor.

Lorong basikal, yang diperkenalkan secara berperingkat sebagai konsep perkongsian jalan di kawasan dalam bandar sejak 2015, menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pemandu kereta dan penunggang motosikal.

Beberapa pemandu meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan mengurangkan lebar lorong bagi menampung ruang untuk penunggang basikal di sebelah kiri jalan.

“Adalah penting majlis tempatan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin demi keselamatan di jalan raya, akses dan penguatkuasaan,” katanya.

The Vibes juga sedang mendapatkan penjelasan daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengenai status lorong hijau di negeri itu. - The Vibes, 15 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad