web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Kereta Terjunam Dalam Sungai 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 7:00AM

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas selepas kereta jenis Proton Saga yang dipandu bapanya terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Korok, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JITRA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas selepas kereta jenis Proton Saga yang dipandu bapanya terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Korok, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, mangsa Muhammad Khairil Muhaimin Shuhaimi maut dipercayai tidak berjaya keluar daripada kenderaan dipandu bapanya Shuhaimi Hassan, 37.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah Sayani Saidon berkata bapa dan ibu mangsa Nurul Aqmar Zainul, 35, yang sedang mengandung tujuh bulan berjaya menyelamatkan diri.

“Kenderaan dipandu bapa mangsa melalui Jalan Sungai Korok sedang dalam perjalanan dari Tanjung Kapur ke pekan Jitra sebelum hilang kawalan dan terbabas ke dalam Sungai Korok dan tenggelam,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada 2.23 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jitra telah ke lokasi untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Katanya, operasi mengambil masa kira-kira dua jam sebelum berjaya mengeluarkan mangsa yang terperangkap dan disahkan telah meninggal dunia.

“Semasa menemukan kenderaan tersebut, mangsa masih dalam kenderaan dan kita keluarkan mayat dari kenderaan. Kereta terbalik ke dalam sungai yang dalamnya lima meter dan dipercayai menyebabkan kanak-kanak itu tidak dapat menyelamatkan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Rodzi Abu Hassan berkata mayat telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 3 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam