web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Tidak Sabar Rasanya Melangkah Semula Ke Parlimen 19 Disember - Shahidan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 8:31PM

Shahidan Kassim - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim meluahkan keterujaannya untuk kembali ke Dewan Rakyat pada 19 Disember ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, mantan Menteri Wilayah Persekutuan itu turut memuat naik beberapa keping foto ketika menghadiri taklimat berkenaan Peraturan dan Etiket Dewan Rakyat kepada Ahli-Ahli Parlimen Kedah dan Perlis.

“Saya menghadiri taklimat berkenaan Peraturan dan Etiket Dewan Rakyat kepada Ahli-Ahli Parlimen Kedah dan Perlis yang dipengerusikan oleh Tan Sri Datuk Azhar.

“Tidak sabar rasanya untuk melangkah semula ke Parlimen pada 19 Disember ini,” katanya.

Pada 7 November lalu, Shahidan bersama tiga pemimpin tertinggi UMNO digugurkan keahlian selepas didapati mencalonkan diri bagi bertanding mewakili parti lawan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Tiga lagi pemimpin ialah Datuk Zahidi Zainul Abidin yang bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Padang Besar; Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (Parlimen Maran) dan Datuk Azhar Ahmad bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis.

UMNO sebelum itu menggugurkan Shahidan daripada mempertahan kerusi Parlimen Arau, sebaliknya menamakan Datuk Rozabil Abdul Rahman sebagai pengganti. 

Pengguguran itu membuka peluang Perikatan Nasional (PN) untuk meneruskan momentum kejayaan dengan menawarkan Shahidan bertanding, dan seperti dijangka, beliau berhasil meraih kemenangan.

Shahidan menewaskan Rozabil dan calon muda Pakatan Harapan (PH), Fathin Amelina Fazlie dengan majoriti 23,216 undi.

Ini adalah kejayaan dengan majoriti terbesar yang pernah diperoleh beliau selepas sekadar mencatatkan majoriti sekitar 1,000 hingga 7,000 sahaja pada beberapa PRU terdahulu.

Veteran politik berusia 71 tahun itu menyandang jawatan sebagai Ahli Parlimen Arau sejak PRU 1986, 1990, 2013 dan 2018 atas tiket BN sebelum ini.

Dalam pada itu, isteri beliau, Datin Seri Shamsiah Yasin yang juga mantan Ketua Wanita UMNO Perlis turut dipecat keahliannya pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), 9 Disember lalu.

Shamsiah bulan lalu digantung sementara untuk seluruh jawatannya selepas didapati terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada PRU-15. – Getaran, 14 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan