web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kawasan Sampah Kitar Semula Berhampiran Kilang Di Kampung Melayu Subang Terbakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 10:41PM

Bomba berjaya memadamkan kebakaran di sampah kitar semula berhampiran sebuah kilang di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor malam ini. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Anggota dan pegawai bomba mengambil masa kira-kira sejam setengah bagi memadamkan kebakaran sampah kitar semula berhampiran sebuah kilang di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor malam ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.08 malam.

“Sepasukan anggota serta pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik tiba di lokasi kejadian pada jam 7.24 malam.

"Berdasarkan laporan awal komander operasi, kebakaran sebenar adalah sampah kitar semula yang terletak berhampiran kilang dengan keluasan 10 kali 20 kaki persegi," katanya menerusi kenyataan malam ini.

Norazam berkata, api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh terbabit.

“Tiada mangsa terbabit dalam kebakaran ini,” katanya. - Getaran, 13 Disember 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad