web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hormati Keputusan Penamatan Perkhidmatan KPPA, Jangan Jejaskan Penyampaian, Politikkan Isu - CUEPACS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 6:28PM

Adnan Mat - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penamatan perkhidmatan Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang berkuat kuasa semalam, harus dihormati kerana keputusan itu adalah bersandarkan hasil dapatan jawatankuasa siasatan.

Menurut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam, Datuk Adnan Mat, semua pihak terutama kakitangan kerajaan diseru terus bergerak ke hadapan dan tidak memanjangkan isu penamatan perkhidmatan itu, sehingga menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat.

Katanya, malah pihak luar juga diminta supaya tidak menggunakan isu penamatan perkhidmatan itu, sebagai modal politik yang boleh mengelirukan mana-mana pihak.

“Selari dengan keputusan penamatan diambil melalui prosedur Penamatan Demi Kepentingan Awam, semua pihak perlu menghormatinya.

“Keputusan telah dibuat kerajaan bersandarkan hasil dapatan daripada jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan dan semua pihak harus menghormatinya sebagai suatu pengajaran berguna,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Adnan berkata kakitangan awam harus berusaha menjalin hubungan permuafakatan atau kerjasama erat sesama rakan sekerja yang mendorong kepada memudahkan pelaksanaan tugas serta tanggungjawab.
Adnan berkata kakitangan awam harus berusaha menjalin hubungan permuafakatan atau kerjasama erat sesama rakan sekerja yang mendorong kepada memudahkan pelaksanaan tugas serta tanggungjawab.

Pada masa sama, Adnan berkata, prinsip saling hormat menghormati antara warga kerja tidak kira jawatan atau skim perkhidmatan harus dipupuk dalam kalangan kakitangan awam.

Malah, katanya, prinsip itu penting kerana suasana harmoni dan persekitaran kerja positif, memberi kesan kepada mutu perkhidmatan yang cemerlang.

Adnan berkata, kakitangan awam harus berusaha menjalin hubungan permuafakatan atau kerjasama erat sesama rakan sekerja yang mendorong kepada memudahkan pelaksanaan tugas serta tanggungjawab.

“Hormatilah antara satu sama lain kerana kita semua dalam perkhidmatan awam mempunyai matlamat sama, iaitu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, semua pihak termasuk pegawai lantikan politik dalam perkhidmatan awam perlu menjadikan amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai panduan.

“Perdana Menteri telah memberi panduan bahawa mereka yang berada dalam Kerajaan Perpaduan ini, harus menghormati proses kerjasama dengan penjawat awam bagi usaha pemulihan negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, sikap hormat menghormati sudah tentu menjadi asas utama bagi membentuk sebuah permuafakatan baik dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

“Hubungan antara kakitangan tidak kira jawatan haruslah dijaga dengan baik kerana kerjasama yang kukuh akan diterjemahkan melalui kualiti perkhidmatan yang cemerlang.

“CUEPACS juga berharap semua penjawat awam menyahut seruan Ketua Setiausaha Negara (KSN) (Tan Sri Mohd Zuki Ali) untuk terus memberikan komitmen dan dedikasi dalam menjalankan tugas diamanahkan, demi negara yang kita cintai,” katanya.

Mengulas mengenai penamatan perkhidmatan Mohd Shafiq, beliau berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penamatan perkhidmatannya itu yang berkuat kuasa semalam.

“CUEPACS mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Shafiq atas segala sumbangan serta jasa beliau sepanjang perkhidmatan diberikan.

“Walau apa jua yang berlaku, jasa dan sumbangan beliau dalam perkhidmatan awam amat dihargai CUEPACS. Kami (CUEPACS) mengucapkan selamat maju jaya kepada Mohd Shafiq,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan perkhidmatan Mohd Shafiq sebagai KPPA ditamatkan berkuat kuasa semalam.

Menerusi kenyataan, Mohd Zuki memaklumkan penamatan itu selaras dengan peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P. U. (A) 395/1993].

Beliau berkata, Mohd Shafiq dibersarakan mengikut subseksyen 10(5)(d) Akta Pencen 1980 [AKTA 227] yang membolehkan beliau menikmati semua faedah persaraan layak baginya.

“Keputusan ini diambil setelah melalui semua prosedur bagi Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA) dan telah diteliti keteraturannya oleh Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Sebelum ini, tular mengenai tindakan pegawai tinggi kerajaan yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai Jabatan Imigresen (Imigresen) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 3 Ogos lalu.

Mohd Zuki pada 7 Ogos lalu mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Siasatan yang dipengerusi Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bagi menyiasat dakwaan insiden berkenaan. – Getaran, 13 Disember 2022

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad