web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita Cedera Parah Tong LPG Meletup Dalam Rumah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 5:59PM

Seorang wanita mengalami kecederaan parah kerana melecur hampir seluruh badan selepas tong gas petroleum cecair (LPG) meletup di rumahnya di Taman Sena Permai, Pokok Sena pagi tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TASEK GELUGOR - Seorang wanita cedera parah selepas tong gas petroleum cecair (LPG) meletup di rumahnya di Taman Sena Permai, Pokok Sena, di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 8 pagi ketika Siti Hajar Hanis Mohd, 26, dikatakan mahu menghidupkan dapur gas untuk memasak.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor Mohamad Hazam Hassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.13 pagi dan apabila anggota bomba tiba di lokasi, didapati Siti Hajar Hanis yang melecur hampir separuh badan telah dibawa keluar dari rumahnya oleh orang awam.

"Kejadian menyebabkan rumah teres dua tingkat didiami wanita itu rosak teruk dan dia dihantar ke Hospital Kepala Batas, di sini untuk rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pihak bomba seterusnya menjalankan pemantauan dan kawalan bagi memastikan tiada letupan susulan manakala punca serta anggaran kerugian sedang disiasat lanjut.

Mohamad Hazam berkata letupan turut mengakibatkan sebuah kereta dan motosikal yang diletakkan di ruang hadapan rumah itu mengalami kerosakan.

Sementara itu, adik mangsa, Mohd Haziq Mohd, 25, berkata dia dan isterinya sedang berada di bilik tidur di tingkat atas rumah itu sebelum tiba-tiba terdengar letupan kuat serta siling bilik terjatuh.

"Pada masa sama saya dengar kakak (Siti Hajar Hanis) menjerit minta tolong, saya dan isteri terus turun dan mendapati dia dalam keadaan terbakar… kami terus bantu padamkan kebakaran di badannya sebelum bawa kakak keluar dari rumah seterusnya terus ke hospital," katanya.

Menurut Mohd Haziq, Siti Hajar Hanis dilaporkan kritikal namun dalam keadaan stabil selain pemeriksaan awal oleh doktor mendapati dia melecur lebih 69 peratus di bahagian badan.

"Ibu dan ayah berada di kampung, saya dan isteri pula baru berkahwin Sabtu lepas dan malam tadi kami tiba di rumah. Mujur kami balik, kalau kami tiada di rumah, tidak tahu bagaimana keadaan kakak seorang diri di rumah.

"Memang menjadi rutin kakak akan masak setiap pagi kerana dia bekerja dari rumah, kami harap kakak cepat baik kerana dia akan akad nikah pada 22 Jan nanti dan kenduri kami akan diadakan serentak pada 28 Januari tetapi semua kini bergantung keadaan kesihatan kakak," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi