web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir: Jumlah Mangsa Di Kelantan, Pahang Meningkat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 9:15AM

Penduduk kampung terpaksa menggunakan bot dan meredah banjir untuk melakukan kegiatan harian mereka berikutan kawasan kampung dinaiki air ketika tinjauan di Kampung Teresek semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Pahang meningkat, Terengganu terus menunjukkan trend menurun manakala Perak dan Johor kekal, setakat 8 malam tadi.

Di KELANTAN, jumlah penduduk terkesan banjir di Pasir Mas terus meningkat kepada 1,929 orang daripada 601 keluarga berbanding 1,626 orang daripada 504 keluarga petang tadi, dengan ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan tersebut.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Kelantan dalam kenyataan memaklumkan 704 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, SK Gual Periok (532), SK Sri Kiambang (231), SK Kubang Kual (212), PPS Putat Tujoh (143), Masjid Mukim Padang Licin (68) dan SK Kedai Tanjong (39).

Di PAHANG, Pekan menjadi daerah terbaharu dilanda banjir apabila sebuah PPS dibuka petang tadi iaitu SK Sinar Mutiara, Sungai Miang yang menempatkan 46 orang daripada 10 keluarga sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa setakat malam ini seramai 444 orang daripada 128 keluarga.

Sekretariat JPBN Pahang melaporkan selain Pekan, daerah lain terjejas banjir ialah Temerloh dengan 363 mangsa daripada 108 keluarga yang berada di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan manakala 35 orang daripada 10 keluarga di PPS SK Sri Buntar dan SK Kerayong di Bera.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 196 orang daripada 52 keluarga berbanding 209 orang daripada 55 keluarga dengan kesemuanya ditempat di enam PPS di lima daerah.

Sekretariat JPBN Terengganu dalam kenyataan memaklumkan Kuala Terengganu merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 83 orang di dua PPS diikuti 54 orang di Kuala Nerus, Dungun (24), Kemaman (23) dan Besut (12).

Sementara itu, di JOHOR jumlah mangsa banjir di Segamat kekal 34 orang daripada 11 keluarga yang berlindung PPS Balai Raya Kampung Batu Badak dan Balai Raya Kampung Kuala Paya.

Di PERAK, tiada pertambahan mangsa banjir direkodkan dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART) kekal sebagai PPS tunggal di negeri ini yang menempatkan 134 orang daripada 31 keluarga. - Bernama  

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad