web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Ucap Takziah Atas Pemergian Pengasas Public Bank, Anggap Kehilangan Kepada Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 5:48PM

Mendiang Dr Teh Hong Piow - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Tan Sri Dr Teh Hong Piow di atas pemergian Pengerusi Emeritus Public Bank itu hari ini.

Perdana Menteri berkata, pemergian Hong Piow sudah tentu memberi kesan besar kepada seluruh kakitangan Public Bank, sektor perbankan dan negara.

“Saya mengutuskan salam takziah buat keluarga mendiang Pengerusi Emeritus Public Bank, Yang Bahagia Tan Sri Dr Teh Hong Piow atas pemergiannya pagi tadi.

“Mendiang Dr Teh adalah pengasas Public Bank yang menubuhkan bank tersebut pada tahun 1965. Saya doakan keluarga mendiang Dr Teh tabah dan kuat atas kehilangannya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Star melaporkan, Hong Piow, 92, yang juga pengasas Public Bank Bhd meninggal dunia pada jam 10.20 pagi tadi.

Menurut laman web Public Bank, mendiang yang dilahirkan di Singapura pada 14 Mac 1930, mengikuti pendidikan rendah dan menengah di Sekolah Cina Anglo di negara berkenaan.

Beliau berkahwin dengan Puan Seri Tay Sock Noy sejak 1956.

Pasangan itu memiliki empat anak. – Getaran, 12 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad