web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jawab Isu Politik Mulai Minggu Depan, Luar Waktu Kerja - Rafizi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 7:05AM

Rafizi Ramli - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memutuskan untuk hanya mengeluarkan kenyataan politik terhadap pembangkang di luar waktu kerjanya sebagai seorang menteri, mulai minggu depan.

Menurutnya, beliau sedar perang media sosial masih hangat dengan mainan politik daripada Perikatan Nasional (PN), namun tanggungjawab utamanya sebagai kerajaan adalah untuk memperbaiki kehidupan rakyat.

“Masa waktu yang dibayar gaji oleh rakyat, saya akan tumpu kerja sebagai menteri. 

“Keutamaan sekarang adalah melaraskan dasar-dasar dan pelaksanaan projek supaya memberi impak paling besar kepada rakyat dalam persediaan kita menghadapi cabaran ekonomi 2023 yang dijangka lebih menguji kekuatan dan daya tahan ekonomi negara.

“Di luar waktu kerja, saya akan berdepan dengan PN/PAS. Saya akan menjawab isu-isu yang mereka mainkan dan juga akan selaraskan supaya aktivis dan pimpinan Kerajaan Perpaduan turut sama memantau prestasi mereka sebagai pembangkang,” katanya di Facebook. 

Rafizi berkata selepas seminggu memahami perkembangan terkini di kementeriannya, beliau akan mula mengeluarkan kenyataan politik sebagai Timbalan Presiden PKR mulai minggu depan.
Rafizi berkata selepas seminggu memahami perkembangan terkini di kementeriannya, beliau akan mula mengeluarkan kenyataan politik sebagai Timbalan Presiden PKR mulai minggu depan.

Tegas beliau, bergelar pembangkang bukanlah hanya menimbulkan sentimen kebencian, sebaliknya memerlukan pengetahuan terhadap dasar, memantau pelaksanaan dan membawa suara rakyat dengan masalah seharian golongan tersebut.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, selepas seminggu memahami perkembangan terkini di kementeriannya, beliau akan mula mengeluarkan kenyataan politik sebagai Timbalan Presiden PKR mulai minggu depan.

“Saya keluar kenyataan politik sebagai Timbalan Presiden PKR (bukan sebagai Menteri) untuk menggariskan perancangan dan usaha kita bersedia menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Saya juga akan mula menyiarkan kandungan-kandungan politik (selain daripada kandungan mengenai dasar dan program sebagai menteri) supaya kita mematahkan sentimen kebencian yang di bawah sekarang,” katanya.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, sebarang kenyataan mengenai dasar kementerian, kedudukan ekonomi dan segala yang berkaitan akan dibuat melalui saluran rasmi sebagai Menteri.

Oleh demikian, Rafizi berkata, bermula Januari 2023, beliau akan mula menggerakkan kempen untuk PRN di enam buah negeri seperti sebelum membentuk kerajaan atas platform PKR dan @ayuhMYmovement tanpa penglibatan satu sen duit dan masa kerajaan.

“Jadi kepada kawan-kawan yang risau di luar, Insya Allah kami ada perancangan yang disusun untuk berdepan dengan lawan politik.

“Masa yang dibayar gaji oleh rakyat adalah tanggungjawab negara dan tidak boleh digunakan untuk kerja-kerja politik.

“Masa kami sendiri (seperti waktu malam, hujung minggu dan lain-lain) adalah masa untuk berkempen supaya tidak ada campur aduk di antara tanggungjawab sebagai menteri dan tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden parti,” katanya.

Beliau menegaskan, ini adalah masanya untuk pimpinan kerajaan baharu menzahirkan perubahan budaya politik di negara.

“Jangan jadi seperti PN/PAS, ketika mereka jadi kerajaan, semua berpuas hati dan kebajikan rakyat tidak terjaga. Masa dah kena buang daripada kerajaan (oleh rakyat) baru terpaling lantang.

“Kita jumpa di pentas rakyat dan Parlimen nanti. Biar rakyat hakimi siapa yang lebih bertanggungjawab kepada rakyat dengan amanah yang diberikan,” katanya. - Getaran, 12 Disember 2022


 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad