web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


13 Leka Masak Air Ketum Antara 58 Individu Ditahan Di Kota Tinggi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2022 9:35PM

Kamarul Zaman Mamat berkata operasi bermula 11 malam dan berakhir 7 pagi tadi melibatkan empat kawasan Felda dan sebuah kawasan perumahan dengan 63 orang diperiksa - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Polis menahan 58 individu atas pelbagai kesalahan dadah termasuk 13 orang yang sedang leka memasak air ketum dalam satu operasi khas di sekitar kawasan Felda di sini, sejak semalam hingga pagi ini.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata operasi bermula 11 malam dan berakhir 7 pagi tadi melibatkan empat kawasan Felda dan sebuah kawasan perumahan dengan 63 orang diperiksa.

"Kesemua yang ditahan terdiri daripada 55 lelaki dan tiga wanita berusia antara 18 hingga 60 tahun.

"Ada yang kita tahan, seramai 13 orang sedang leka memasak air ketum di bawah khemah macam kenduri. Mereka beri alasan nak minum (air ketum) sebab perlukan tenaga untuk bekerja," katanya kepada pemberita selepas Program Dialog Ketua Polis Johor bersama warga Felda Kota Tinggi di Felda Adela di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Johor DCP M. Kumar dan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora.

Kamarul Zaman berkata hasil saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif terhadap dadah manakala 41 daripadanya memiliki rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah dengan seorang berstatus orang yang dikehendaki polis.

"Kita turut merampas 11.91 gram dadah disyaki jenis syabu, 6.05 gram heroin dan 1.9 liter air ketum," katanya dan menambah mereka direman empat hari bermula hari ini.

Sementara itu, Kamarul Zaman mengesahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan menerima laporan daripada Pengarah Kesihatan Negeri Johor Datuk Dr Aman Rabu pada 11.30 malam semalam berkaitan akaun aplikasi Telegram yang dipercayai digodam ‘scammer’.

"Pihak polis menerima satu laporan daripada Dr Aman tentang akaun Telegram yang digodam serta mesej yang dihantar meminta wang sebanyak RM2,000 menerusi akaun itu.

"Kita akan siasat perkara ini, jika ada mangsa yang mempunyai maklumat boleh tampil membuat laporan," katanya mengulas mengenai kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Johor hari ini supaya orang ramai tidak terpedaya dengan mesej meminta wang dengan menggunakan nama Dr Aman. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran