web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tertinggal Bas Balik Kampung, Pemuda Berang Dakwa Sistem TBS Mengarut!

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2022 5:09PM

Terminal Bersepadu Selatan (TBS) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemuda berang dengan sistem di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini yang didakwa tidak efisien sehingga menyebabkan dia ketinggalan bas untuk pulang ke kampung.

Menggunakan akaun @BurhanPlays dan dikenali sebagai Burhan, dia mendakwa tiket bas yang dibeli secara atas talian perlu dicetak terlebih dahulu sebelum dibenarkan menaiki bas.

Jelas Burhan, dia masih beratur walaupun kenderaan yang sepatutnya dinaiki akan memulakan perjalanan sekitar 15 minit lagi.

Tambahnya, keadaan sama turut dialami individu lain, menyebabkan keadaan di situ semakin sesak dengan deretan penumpang yang berbaris panjang.

“Aku sampai sejam awal tadi, ni lagi 15 minit nak naik bas duk kena beratoq (beratur), counter pun tak nampak lagi.

“Tiket beli online tapi kena print dulu dekat TBS baru boleh naik bas,” ciapnya, berang.

Dakwanya lagi, pengurusan syarikat juga jelas tidak efisien apabila hanya membuka dua kaunter sedangkan hujung minggu adalah antara waktu paling sibuk di terminal berkenaan.

Weekend waktu peak, kaunter ada 7 bukak 2 saja,” katanya.

Susulan insiden jelas Burhan, dia terpaksa berputih mata setelah terlepas bas yang perlu dinaiki.

Keadaan sama katanya, turut dialami dua penumpang lain yang berbaris di hadapannya.

“Bas aku dah jalan kahkahkah. Tak pa minggu lain lah balik.

“Sembang (berbual) dengan dua orang yang beratoq (berbaris) depan aku, tertinggai (tertinggal) bas jugak haha. Kesian (kasihan) depa (mereka) duk panik sebab tak pasti mampu atau tak dari segi duit dan masa,” katanya, kesal.

Dakwanya, situasi ketika itu sememangnya kelam kabut kerana pelanggan sudah membuat enam barisan, sedangkan kaunter dibuka cuma dua.

“Kaunter ada dua tapi aku kira ada enam line, dah tak terurus. Baru sembang dengan brader (brother) belakang aku, pun tertinggai bas jugak. Mantaplah TBS,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen bagaimanapun mendapati, penumpang boleh memilih cara lebih mudah iaitu membeli tiket menggunakan aplikasi TBS di telefon pintar.

Seorang netizen, @theikhmalzikry berkata, pembelian di aplikasi itu hanya memerlukan penumpang mengimbas kod QR di pintu pagar sebelum dibenarkan menaiki bas masing-masing.

“Tp (tapi) klu (kalau) beli tiket on their own app, tak payah print tiket. Terus scan qr code kt (dekat) gate,” katanya. - Getaran, 11 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Ah Sudah, Kan Dah Sangkut!

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Besar Sungguh Pengorbanan Pemuda Jepun Ni

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 19 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad