web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BERSATU Boleh Tutup Kedai Di Sabah - Puad Zarkashi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2022 11:58AM

Puad berkata BERSATU Sabah tiada akar umbi di Sabah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - BERSATU Sabah dilihat berhadapan situasi ‘tutup kedai’ apabila 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bertindak meninggalkan parti itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, parti tersebut tiada akar umbi di Sabah memandangkan semua ahlinya berasal daripada pemimpin UMNO yang melompat.

Menurut beliau, situasi sebaliknya berlaku terhadap UMNO apabila partinya kehilangan kuasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menyaksikan 21 Ketua Bahagian UMNO Sabah melompat untuk menyertai BERSATU.

“Tinggal tiga orang saja yang istiqamah iaitu (Datuk Seri) Bung Moktar, Yaakub Khan dan Ramir Unggi.

“Sebanyak 21 Bahagian itu dipangku oleh mereka yang baharu termasuk dua wanita. Apakah UMNO Sabah mati? UMNO Sabah bangkit semula dan menang PRK (Pilihan Raya Kecil) Kimanis dan PRN (Pilihan Raya Negeri) Sabah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut Puad, kemenangan tersebut membuktikan bahawa UMNO Sabah berakar umbi di negeri tersebut dan tidak seperti yang menimpa BERSATU Sabah.

“Sekarang giliran BERSATU. Semua keluar BERSATU dan akan tubuh parti baru. Akan ada lagikah BERSATU di Sabah?

“BERSATU tidak ada akar umbi. Akar umbi  parti itu berasal dari akar umbi UMNO yang lompat parti. Tanpa kuasa di kerajaan negeri, BERSATU bolehlah tutup kedai di Sabah,” katanya.

Semalam, pemimpin BERSATU Sabah termasuk semua wakil rakyatnya, mengumumkan keluar daripada parti itu.

Hajiji selaku Ketua Menteri dan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah berkata, keputusan itu dibuat selepas menimbangkan landskap politik Malaysia ketika ini, terutama di Sabah.

Beliau berkata, kerajaan negeri yang ditunjangi Gabungan Rakyat Sabah - Barisan Nasional (GRS-BN) juga mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong mengenai pembentukan kerajaan perpaduan Persekutuan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Keputusan sebulat suara ini adalah demi kepentingan Sabah, demi perpaduan dan memenuhi hasrat serta aspirasi rakyat untuk kita terus berjuang di bawah naungan sebuah parti tempatan.

“Dengan keputusan ini, kami akan menggunakan GRS untuk menyuarakan kepentingan Sabah dan negeri Borneo di Malaysia.

“Kami yakin keputusan ini adalah yang terbaik untuk perpaduan dan kestabilan politik di Sabah,” katanya. - Getaran, 11 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 22 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi