web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembinaan Kapal LCS Tetap Diteruskan - Tok Mat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 3:19PM

Mohamad Hasan akan diberi taklimat berhubung isu berkaitan projek bernilai RM9 bilion itu dalam masa terdekat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang terpalit skandal selepas gagal disiapkan mengikut masa ditetapkan akan tetap diteruskan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bagaimanapun katanya, beliau akan diberi taklimat berhubung isu berkaitan projek bernilai RM9 bilion itu dalam masa terdekat.

"Saya akan mendapat taklimat isu LCS daripada pihak berkenaan agar benar-benar boleh melihat cara untuk bergerak ke hadapan dan memastikan kapal dapat dibina.

"Ini aset dan juga strategi negara, kita akan pastikan apa yang perlu dilakukan. Saya akan berusaha dengan kepemimpinan MINDEF (Kementerian Pertahanan) dalam masa terdekat ini. LCS akan diteruskan," katanya hari ini.

Sebelum ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyatakan, kerajaan masih belum menerima mana-mana daripada lima kapal LCS walaupun telah membayar RM6.083 bilion kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek rundingan terus itu.

Laporan yang dikeluarkan pada 4 Ogos lalu turut menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam LCS bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion.

Pada 2 Oktober lalu, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dipetik sebagai berkata, pembinaan LCS akan disambung semula selepas semua rundingan dan setiap perjanjian dalam fasa mobilisasi dimuktamadkan penghujung tahun ini.

Menurutnya, selepas fasa mobilisasi itu selesai, semua pihak terbabit mempunyai tempoh 14 bulan untuk memastikan kapal siap dibina. - Getaran, 10 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 34 minit yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad