web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Abdul Azeez Dibebas Sebab Tiada Fakta Memihak Pendakwaan – Peguam Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 9:32PM

Bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (dua, kiri) ketika tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dibebaskan daripada tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) mendapati tiada keterangan serta fakta memihak kepada pendakwaan.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, perkara itu diperoleh selepas perkembangan siasatan dirujuk semula kepada pasukan pendakwaan.

Menurut beliau, Abdul Azeez memfailkan permohonan untuk dilepas dan dibebaskan dari kesemua pertuduhan pada 1 Disember lalu.

“Setelah kertas siasatan diteliti, AGC bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan dan tidak membantah terhadap permohonan pelepasan dan pembebasan Azeez Rahim hari ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas Idrus lagi, sejak pertuduhan difailkan di Mahkamah Sesyen di sini, Abdul Azeez telah mengemukakan beberapa representasi kepada AGC melalui peguam belanya iaitu Kumar partnership dan AmerBon Associates agar kes pendakwaan terhadap beliau ditarik balik dan kesemua pertuduhan dibatalkan.

“Namun melalui surat representasi bertarikh 11 dan 16 Mac lalu, pihak pendakwaan telah menerima enam akuan berkanun daripada saksi-saksi utama pendakwaan sendiri.

“Ini menyebabkan satu siasatan yang menyeluruh dan teliti perlu dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terdapat bukti baharu yang tidak dipertimbangkan sebelum ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, pendakwa raya memohon kepada mahkamah satu perintah pelepasan tanpa terjumlah kepada pembebasan di bawah Seksyen 254(2) Kanun Tatacara Jenayah agar siasatan lanjut dapat dibuat.

Justeru katanya, Mahkamah Sesyen telah membenarkan Azeez Rahim dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan mantan Ahli Parlimen Baling itu daripada tiga tuduhan rasuah dan enam tuduhan pengubahan wang haram berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Pada 23 September lalu, Abdul Azeez dilepas tanpa dibebaskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen selepas pendakwaan memohon beliau dilepas tanpa dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Acara Jenayah atas alasan representasi tertuduh dipertimbangkan dan memerlukan siasatan lanjut.

Pada prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan notis usul yang dikemukakan peguam bela Amer Hamzah Arshad supaya anak guamnya dibebaskan terus daripada semua pertuduhan berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslinie Hashim, memaklumkan kepada mahkamah, pendakwaan tidak membantah permohonan notis usul Abdul Azeez. – Getaran, 9 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad