web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahmad Maslan, Steven Sim Dilantik Timbalan Menteri Kewangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 8:46PM

Anwar Ibrahim menunjukkan senarai pembentukan barisan Timbalan Menteri pada sidang media Pengumuman Timbalan Menteri bagi Kabinet Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah pula dilantik  Timbalan Menteri Dalam Negeri manakala mantan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.

“Adam Adli Abdul Halim (Ketua AMK dan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya) dilantik Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan senarai pelantikan Timbalan Menteri di Putrajaya, malam ini. 

Mengulas lanjut, Anwar berkata, jawatan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah akan diisi  Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang manakala Ahli Parlimen Beaufort, Siti Aminah Acing dilantik sebagai Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi.

Katanya, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin pula akan mengisi jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Ahli Parlimen Iskandar Puteri sebagai Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan dan Antarabangsa.

“(Ahli Parlimen Lahad Datu), Datuk Mohamad Yusof Apdal akan memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi; Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup (Timbalan Menteri Tenaga Sains, Teknologi dan Inovasi); Ahli Parlimen Sepang, Aiman Athirah Sabu (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup).

“Selain itu, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi); Ahli Parlimen Sarikei, Datuk Seri Huang Tiong Sii (Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim); dan Naib Presiden PKR, Saraswathy Kandasami (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi),” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri manakala jawatan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya diberikan kepada Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan.

“Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching akan memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital; Ahli Parlimen Tanjung, Lim Hui Ying (Timbalan Menteri Pendidikan) dan Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud (Timbalan Menteri Sumber Manusia)

“Pada masa sama, Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni dilantik Timbalan Menteri Kesihatan manakala Datuk Wilson Ugak Kumbong akan memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,” katanya. - Getaran, 9 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad