web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fokus Siasatan SPRM Terarah Kepada Dana RM92.5 Bilion

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 2:10PM

SPRM berkata, suruhanjaya itu sudah menerima butiran berhubung pecahan dan pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan oleh kerajaan pada 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan COVID-19 daripada Kementerian Kewangan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tumpuan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berkaitan penyelewengan wang perbelanjaan negara berjumlah RM600 billion ketika era pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terarah kepada dana sebanyak RM92.5 bilion.

Menerusi kenyataan hari ini, SPRM berkata, suruhanjaya itu sudah menerima butiran berhubung pecahan dan pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan oleh kerajaan pada 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan COVID-19 daripada Kementerian Kewangan.

Jelasnya, siasatan awal mendapati jumlah peruntukan yang terlibat dianggarkan berjumlah RM530 bilion.

“Berdasarkan jumlah tersebut, RM92.5 bilion melibatkan dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan.

“Justeru, fokus siasatan SPRM akan terarah kepada dana sebanyak RM92.5 bilion berkenaan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Kementerian Kewangan sedang memperincikan pecahan tersebut dan akan menyerahkan maklumat berkaitan kepada SRPM pada minggu hadapan.

Semalam, SPRM mengesahkan sudah membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan beberapa pihak berkaitan penyelewengan wang perbelanjaan negara berjumlah RM600 bilion.

Katanya, suruhanjaya itu akan menjalankan siasatan secara terperinci, telus dan profesional daripada semua sudut berkaitan isu berkenaan.

"Sehubungan itu, mana-mana pihak yang mempunyai apa-apa maklumat, bukti atau dokumen yang berkaitan diminta tampil ke pejabat SPRM terdekat untuk menyerahkannya.

"Sekiranya perlu, SPRM juga boleh menghantar pegawai untuk mengambil maklumat atau dokumen itu," katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa ada pelanggaran serius berhubung prosedur perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran kerajaan diterajui Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kelmarin, media melaporkan, Muhyiddin, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (mantan Menteri Kewangan dalam Kabinet Muhyiddin) bersama mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dijangka dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan berlaku salah guna dana RM600 bilion ketika pandemik COVID-19.

Muhyiddin sebelum ini menegaskan tidak takut disiasat berhubung laporan polis dibuat beberapa pihak mendakwa beliau menyeleweng dana RM600 bilion.

Pengerusi PN itu menerusi hantaran di Facebook menjelaskan, tidak mungkin beliau menyeleweng dana itu memandangkan ia adalah wang individu dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta bank yang bukan di bawah kawalannya.

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) juga menyatakan tidak pasti bagaimana angka RM600 bilion itu dipetik, jika pun ia merujuk kepada lapan Pakej Rangsangan Ekonomi diumumkan ketika menerajui kerajaan yang semuanya berjumlah RM530 bilion.

Semalam, Tengku Zafrul yang dilantik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dilaporkan berkata, beliau bersedia memberi kerjasama penuh kepada SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dana RM600 bilion.

"Tiada apa yang nak disorokkan. Setakat ini SPRM belum hubungi saya. Sekiranya dihubungi, saya akan beri kerjasama penuh," katanya menerusi ciapan di Twitter. – Getaran, 9 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek